Bukit Aman Dedahkan Penyebar Agama Kristian Menyamar Jadi Muslim...

Bukit Aman mendedahkan terdapat penyebar dakyah Kristian yang menyamar seperti orang Muslim untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini mengikut agama itu.

Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Awaluddin Jadid, semalam.

Beliau turut mendedahkan sekarang ini banyak Tadika yang namanya kelihatan seperti Islam, tetapi secara realitinya bertujuan menyebarkan dakyah Kristian.

Berucap pada Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kristianisasi (SPARK) di Gombak, beliau berkata, tindakan menyembunyikan identiti mereka yang sebenar oleh penyebar dakyah Kristian menjadi satu ancaman utama kepada umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, cara mereka menjalankan gerakan itu ternyata memberi kekeliruan kepada umat Islam dengan watak penyamaran yang menyerupai seorang Muslim sejati.

“Banyak modus operandi yang mereka gunakan contohnya memberi makanan, bantuan khidmat bencana alam, bantuan mulakan perniagaan, kewangan, sukan dan pendidikan percuma.

“Sekarang pun banyak Tadika yang wujud adalah sumbangan daripada gereja untuk mereka sebarkan dakyah Kristian kepada kanak-kanak.

“Ia menjadi kebimbangan kepada kita sebab nama Tadika nampak Islam tapi realitinya tidak,” katanya.

Mengulas lanjut Awaluddin berkata, dianggarkan antara 300 sehingga 500 individu yang murtad masih aktif di negara ini.

“Apa yang paling membimbangkan ialah identiti mereka yang mengamalkan cara hidup liberal yang boleh mengelirukan kita,” katanya.

Beliau turut menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sama- sama merangka satu tindakan susulan bagi menghalang gerakan Kristianisasi di negara ini.

“Kebanyakan NGO gemar adakan demonstrasi atau bantahan bagi menentang sesuatu, tetapi tindakan itu tidak beri penyelesaian masalah.

“Lebih baik NGO berbincang dan berfikir apa tindakan susulan yang boleh menghalang masalah ini daripada terus serius,” katanya. Sumber: IsmaWeb

Comments

Anonymous said…
Peranan ISLAM oleh menteri2 sangat lemah dimalaysia. ISLAM adalah negara ku tak ader peranan langsong terutama mendulat sariat ISLAM. Kena pematauwan apa2 activity percaya kepada tuhan. Fikirkan melayu dengan melayu ISLAM.
Anonymous said…
Mana dia Pak menteri pendek bekas jeneral misai tebal tu?kalau musim haji je nmpk muka...
Anonymous said…
berita ini untuk bodohkan melayu lagi.....kalau dah tau, ada tadika / organisasi buat kerja mcm dicerita di atas, kenapa tak masuk sergah ker?? kan dah salah di sisi2 undang2 negara.....

tak boleh sergah sebab benda mcm ni sememangnya tak der...isu sebegini dikeluarkan untuk mengalih pandangan org biasa dari isu yg melanda negara.....yg percaya biasanya org Melayu Islam, dari dulu sampai skrg dan bila2......
Anonymous said…
Tanggungjawab mempertahankan akidah orang Islam bukan semata2 kerja pak menteri sahaja kerana mereka juga punya pelbagai tanggungjawab lain yg perlu diselesaikan. Sebagai ibubapa peranan kita adalah amat penting sekali. Pastikan lah anak2 diberikan ilmu agama serta aklhlak anak hendaklah dipantau. Ini lebih baik dpd kita asyik menyalahkan pihak2 lain. Kerajaan telah menjalankan tanggungjawab mereka spt menyediakan kemudahan spt sekolah agama dgn guru2 agama yg bertauliah, masjid & surau yg mencukupi utk beribadat, pelbagai program agama utk masyarakat.
Penyelesaian kpd mslh umat islam ini kena kembali bermula dgn institusi keluarga. Sekiranya ibubapa tiada kesedaran utk menjadikan Islam sebagai cara hidup sedngkan semuanya ada disediakan...mslh tidak mungkin dpt diselesaikan dan jadilah kita umpama' bangau oh bangau......

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID