Kerajaan Pulau Pinang Pecat Ahli PAS Yang Pegang Jawatan JKKK

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon berkata hari ini menjelaskan bahawa ahli PAS yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang baru-baru ini melepaskan jawatan mereka sebenarnya dipecat.  

Katanya, JKKK dari kawasan pilihan raya yang ditandingi oleh PAS ditamatkan perkhidmatan mereka bulan lalu dan diminta mengosongkan jawatan masing-masing.  Beliau berkata hanya pengerusi dan setiausaha JKKK yang dipegang oleh ahli PAS diminta supaya berundur.  

"Jawatan mereka akan digantikan dengan ahli Parti Amanah Negara (AMANAH)," kata Rashid. Rashid berkata langkah itu dibuat selepas kerajaan negeri mengumumkan ia kini diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan AMANAH.  

PAS diketepikan daripada gabungan baru yang dilancarkan pada 23 September lalu selepas parti itu menerima cadangan oleh perwakilannya pada muktamar tahunan supaya memutuskan hubungan dengan DAP.  "Kami telah mulakan proses menamatkan perkhidmatan kerana mereka tidak lagi dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang," kata Rashid pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.  

"Mereka bukan meletakkan jawatan tetapi kita tamatkan (perkhidmatan) mereka," katanya yang juga adalah ADUN Pantai Jerejak.  Rashid berkata keputusan berkenaan akan membabitkan ahli-ahli PAS di 293 JKKK, di mana setiap jawatankuasa mempunyai kira-kira 15 ahli.

Comments

Anonymous said…
Padan muka....sokonglah lg kapir. Allah swt dah bgtau jgn berkawan dgn kapir dan setan.
Anonymous said…
Setan kena kawan ngan setan le..hehehe

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID