Ridhuan Tee Dedahkan Strategi Jahat Kristian Menyamar Jadi Muslim...

Tindakan penyebar dakyah Kristian yang menyamar seperti orang Muslim untuk mempengaruhi umat Islam di negara ini supaya mengikut agama mereka boleh disifatkan sebagai satu strategi yang  jahat.

Bercakap perkara itu pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee berkata perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku, namun mereka  nafikan.

“Dahulu bila saya kata kita perlu menyamar untuk masuk gereja, saya dikutuk hebat oleh ultra kiasu.

“Sekarang mereka sendiri yang menyamar jadi orang Islam, nampak tak hipokritnya mereka ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial, Cawangan Khas Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Awaluddin Jadid mendedahkan bahawa terdapat pendakyah Kristian menyembunyikan identiti mereka untuk mengelirukan umat Islam.

Malahan terdapat juga tadika yang namanya kelihatan seperti Islam, tetapi secara realitinya bertujuan menyebarkan dakyah Kristian.

“Banyak modus operandi yang mereka gunakan contohnya memberi makanan, bantuan khidmat bencana alam, bantuan mulakan perniagaan, kewangan, sukan dan pendidikan percuma.

“Sekarang pun banyak tadika yang wujud adalah sumbangan daripada gereja untuk mereka sebarkan dakyah Kristian kepada kanak-kanak,” kata Datuk Awaluddin.

Ustaz Ridhuan Tee berkata, lihatlah mereka boleh pula lakukan perkara seperti itu.

“Bila saya suruh orang Islam menyamar masuk gereja untuk tengok bilangan orang Melayu yang dimurtadkan dan ambil tahu khutbah mereka yang hentam Islam, mereka kutuk saya.

“Padahal, mereka lebih hina dari itu, kutuk saya tetapi buat perkara yang sama,” katanya.

Sumber: IsmaWeb

Comments

Anonymous said…
Ini natijahnya bila dapat PM lembik, bibir merah macam pondan. Islam sudah di ambang bahaya pun dia masih buat bodoh je.

Zaman bibir merah berkuasa ni Islam teruk kena hina, kalimah Allah dah jadi macam pelacur turun naik mahkamah.

Kiwak kau najib.
Anonymous said…
aku berkawan dan bersedara dgn ramai org kristian. tak pernah ada masaalah. dan tak pernah ada masaalah kalau nak masuk dlm gereja. Malahan gereja sentiasa dipantau oleh SB menyamar sebagai penganut.
Jadik, Tee ni saja nak wujudkan persepsi buruk terhadap warga kristian.

adakah memberi makanan, bantuan khidmat bencana alam, bantuan mulakan perniagaan, kewangan, sukan dan pendidikan percuma dijadikan isu??

yg korang kena pikir, kenapa org ramai lebih suka meminta pertolongan org kristian drp org Islam??

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID