YaPEIM Sudah Kenal Pasti Individu Yang Bocorkan Maklumat...

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hampir mengenal pasti pihak yang telah membocorkan dokumen sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan dan fitnah disebabkan maklumat yang tidak lengkap.

Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh orang dalam yayasan itu sendiri di samping ‘unsur-unsur luar’.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penerangan tertutup anjuran Majlis Profesional Kelantan di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Prof. Datuk Mahamad Naser Dis.

Sebelum ini, sebuah pertubuhan propembangkang, National Oversight and Whistleblowers (NOW) membuat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Yapeim dengan mendedahkan beberapa dokumen.

Ekoran daripada itu, pengurusan tertinggi yayasan tersebut telah membuat laporan polis dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom turut memfailkan saman terhadap Pengarah NOW, Akmal Nasir.

Sementara itu, Abibullah berkata, pihaknya yakin penarikan diri kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah untuk terus menyumbang melalui skim potongan gaji (SPG) hanya bersifat sementara.

“Sehingga kini terdapat lebih 500,000 penyumbang dana melalui SPG dan pemberhentian ini hanya melibatkan 0.001 peratus sahaja.

“Kita mempunyai nama alamat dan nombor telefon penyumbang, kita akan berikan penjelasan kepada mereka, pemberhentian ini hanya bersifat sementara sehingga mereka benar yakin dan akan teruskan sumbangan kepada Yapeim ,” katanya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada penyumbang yang berhenti dan terima kasih kepada mereka yang sudah meyakini Yapeim untuk uruskan dana sekecil-kecil RM1 sehingga RM500 pada setiap bulan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa pegawai yayasan itu untuk disiasat berhubung dakwaan tersebut.

“Saya tidak boleh ulas lanjut kerana masih dalam siasatan,” katanya.

Comments

Anonymous said…
Aku tgk dia punya sengih dgn kerang busuk... x ada beza langsung. Muka laknat !

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID