Belanja Makan Burger Percuma Bagi Mereka Yang Kurang Berkemampuan...


Bismillah.. 

Alhamdulillah, sejak projek SUSPENDED MEALS at PEKAKA STREET BURGER dilancarkan baru-baru ini, sudah ada beberapa orang pelanggan kami yang telah bermurah hati untuk belanja makan burger percuma kepada mereka yang memerlukan. 

Jika anda/sesiapa yang anda kenali ingin makan tetapi tiada/kekurangan wang, sila claim/dapatkan burger percuma daripada chefs kami. Burger Suspended Meals telah dibayar lebih awal oleh para pelanggan dermawan kami.

Lokasi gerai Pekaka Street Burger kami: simpang Lintang Pekaka 1 & 6, Taman Pekaka, Sungai Dua, Penang (pulau). 

Lintang Pekaka 1 adalah jalan masuk di antara Padang Taman Pekaka & Masjid Jamek As-Soghir. Landmark berdekatan: Tesco Extra Sg. Dua / Restoran Subaidah Sg. Dua.

Jangan malu, jangan segan...Kalau malu, lapar & sakit perut nanti. 
NOTA:-
* Bilangan burger pada white board Suspended Meals == Total bilangan & jenis burger percuma yang available untuk dituntut.
* Setiap orang terhad untuk claim sebiji burger percuma Suspended Meals sehari. Mineral water juga akan diberi percuma bagi setiap claim burger Suspended Meals.
* Boleh claim pada bila-bila masa, selagi stok burger Suspended Meals masih ada.
* Bagi sesiapa yang ingin turut serta untuk contribute, boleh inform our chefs/admin. Tabung ‪#‎SuspendedMeals‬ ada disediakan di gerai kami. Sumbangan anda amatlah kami hargai & alu-alukan. 

Jzkk.. 
Sila share/war-warkan untuk kebaikan bersama.
Tqvm. 


Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID