Harga Asal Handphone RM800 Tiba-Tiba Jadi RM 10 Ribu, Tak Bayar Kena Kurung...


Seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembe­lian empat telefon bimbit di sebuah kedai yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal dipersetujui iaitu sebanyak RM800.

Mangsa, Dipres Nasution Mohd. Arifin, 28, berkata, pada awalnya, dia berminat untuk membeli seba­nyak empat telefon bimbit berikutan tawaran menarik oleh penjual terbabit iaitu pada harga RM200 setiap satu.

Katanya, selepas membuat bayaran, penjual tersebut enggan menyerahkan telefon bimbit yang dibeli dan mengarahkan dia memasuki sebuah bilik kecil di sebuah premis lain yang terletak berdekatan.

“Setelah menunggu selama kira-kira sejam di dalam bilik itu, seorang lelaki lain datang membawa bil dan apabila melihat bil tersebut, saya terkejut kerana harga pembelian telefon bimbit mencecah RM10,000.


“Saya bertanya kepada lelaki itu, kenapa harganya lain daripada yang dipersetujui iaitu RM800 tetapi dia memberi pelbagai alasan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, walaupun enggan meneruskan pembe­lian, dia dipaksa untuk membayar harga telefon bimbit tersebut jika mahu ‘dibebaskan.’

“Saya terkejut dan mempersoalkan proses awal pembelian. Apabila saya ingin membatalkan semula pembelian itu dan menuntut kembali wang sebanyak RM800 itu, mereka enggan mengembalikannya malah mengugut yang nama saya akan di senaraihitamkan oleh jenama telefon tersebut.

“Lelaki itu memaksa saya keluarkan duit dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM), saya katakan hanya mempunyai RM5,000 sahaja dan jumlah itu tidak cukup untuk menjelaskan harga semua telefon bimbit tersebut. Selagi tidak bayar, saya tidak akan dilepaskan.

“Setelah mendapati akaun saya benar-benar tidak mempunyai wang yang cukup, dia akhirnya bersetuju menerima RM5,000 untuk empat telefon bimbit malangnya jenis telefon bimbit yang diserahkan kepada saya tidak sama dengan pilihan asal,” katanya.

Disebabkan merasa dirinya ditipu, Dipres Nasution telah membuat aduan kepada beberapa agensi yang bertanggungjawab termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, namun dia kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Dia kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum PPIM bertindak melakukan serbuan di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi percaya wujud rangkaian yang dijalankan oleh pihak-pihak terbabit di kompleks tersebut untuk melakukan penipuan terhadap pelanggan.

Katanya, selain masyarakat tempatan, kebanyakan yang menjadi mangsa penipuan itu adalah warga asing yang terdiri daripada golo­ngan wanita.

“Dalam serbuan yang dilakukan, kita dapati banyak kedai menjual telefon bimbit tiruan pada harga mahal. Sebanyak RM11,900 berjaya dituntut semula daripada beberapa pemilik premis perniagaan ber­kenaan dengan melibatkan tujuh mangsa.

“Saya mengharapkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan pemantauan dengan lebih rapi supaya kes-kes penipuan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya. Sumber.

Comments

Anonymous said…
Semua dah kenyang, dari menteri KSU sampai lah kebawah dah dibeli orang cina cina sial ni. KPDNKK patut dimansuhkan kementerian ini..memang tak berfaedah langsung kewujudannya.
Anonymous said…
apa kata baju Merah..tangkap babi ini & bakar dikahalayak ramai..

babi2 menipu ni masih bebas & tak masuk penjara pun
kamal said…
Mereka tak kan serik menipu selagi KPDNKK tidur
Anonymous said…
buka la "kota raya 2"......kan settle problem
Anonymous said…
Korang ni...asyik nak salah kan polis aja dan jabatan kerajaan..nanti dorang fed up and tag semua rakyat Malaysia electronically untuk monitoring, baru padan muka...kalau dah pembangkang...otak tahu bangkang aja....haiz...
Anonymous said…
Ini tanda2 cinapig dah terdesak...pelanggan semua lari..nak tak nak mesti tipu utk hidup..
.kipidap...hehehe

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID