Wanita Sempat Tulis Wasiat Mohon Pertolongan Uruskan Jenazahnya...


MERUNTUN jiwa… seorang wanita warga emas sempat meninggalkan surat wasiat memohon pertolongan daripada orang ramai untuk menguruskan jenazahnya apabila dia meninggal dunia.

Ini kerana, anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu, tidak mampu berbuat demikian.

Surat milik, Bibi Meherniga Abdul Hamid, 71; yang menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar 1, Perlis ini sekali gus menjadi viral menerusi laman-laman sosial.

Lebih menyayat hati, Bibi yang meninggal dunia pada Selasa lalu tidak diketahui anaknya, Imran Jhinkur, 53; dan hanya memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa ibunya sedang sakit pada Khamis lalu.

Penduduk kampung yang kemudiannya melawat ke rumah arwah mendapati wanita itu telah meninggal dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Indera Kayangan, Muhamad Zulkefli Mokhtar, 52; berkata nota terbabit ditemui di dalam beg tangan milik arwah semasa petugas Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar mencari dokumen pengenalan diri mengenai si mati.

“Memang (wasiat) itu ialah tulisan tangan arwah makcik Bibi… awal tahun ini, arwah ada memanggil saya untuk bincang mengenai masa depan anaknya, sekali gus bercakap soal pengurusan jenazahnya sekiranya dia tiada kelak.

“Dia bimbang anaknya mungkin tidak tahu untuk menguruskan jenazahnya dan berharap jiran tetangga dapat membantu… namun begitu saya sendiri tidak tahu kewujudan nota terbabit,” katanya.

Arwah yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka, Khamis lalu. Sumber: TKO

Comments

Anonymous said…
Sunnguh MENYAYAT hati baca kisah Ibu Meherniga ni - dahlah anknya KU! Itulah; mana saudara-mara?! Zaman sekarang memang tak boleh diharapkan lagi saudara mara mahupun adik-beradik, bila telah berkahwin.

Sampai sekarag. aku TERKEDU mendengaq cerita seorg. wanita kena buat TEMU JANJI nak jumpa Abangnya sendiri; mesti dpt. kebenaran dari isterinya! Anak-anak pula ramai yang DERHAKA - lebih GILAkan materialisma dan bila dah kahwin; JANGAN cakaplah! Tengok anak yg. kerja sy. minyak tu dulu, gaji sebulan $20,000, nak bagi sesen pada anak-anak bersama arwah isteri pertamanya pun punya KEDEKUT! Sampaikan Datuk yg. bela depa kena naik turun mahkamah!

Aklu rasa baiklah YAB PM dan Kerajaan kita buka pusat warga emas besaran yang serba moden dan selesa, yg. diSUBSIDI - untuk setiap agama, supaya warga emas yang MISKIN dan TERANIAYA, boleh diLINDUNGI! Warga Emas tidak patut diLAYAN seolah hanya tunggu AJAL!

Nek Tempoyak.



Anonymous said…
PEMBETULAN:

Sungguh MENYAYAT hati baca kisah Ibu Meherniga ni - dahlah anaknya OKU! Itulah; mana saudara-mara?! Zaman sekarang memang tak boleh diharapkan lagi saudara mara mahupun adik-beradik, bila telah berkahwin.

Sampai sekarag. aku TERKEDU mendengaq cerita seorg. wanita kena buat TEMU JANJI nak jumpa Abangnya sendiri; mesti dpt. kebenaran dari isterinya! Anak-anak pula ramai yang DERHAKA - lebih GILAkan materialisma dan bila dah kahwin; JANGAN cakaplah! Tengok anak yg. kerja sy. minyak tu dulu, gaji sebulan $20,000, nak bagi sesen pada anak-anak bersama arwah isteri pertamanya pun punya KEDEKUT! Sampaikan Datuk yg. bela depa kena naik turun mahkamah!

Aklu rasa baiklah YAB PM dan Kerajaan kita buka pusat warga emas besaran yang serba moden dan selesa, yg. diSUBSIDI - untuk setiap agama, supaya warga emas yang MISKIN dan TERANIAYA, boleh diLINDUNGI! Warga Emas tidak patut diLAYAN seolah hanya tunggu AJAL!

Nek Tempoyak.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID