Posts

Showing posts from January, 2016

Ada Permainan Halus Burukan Myeg...

Image
Seperti yang di laporkan oleh mstar kelmarin, sebanyak 30 ribu permohonan plks (pas lawatan kerja sementara) gagal di proses dalam talian... Secara tidak langsung, penyedia sistem online iaitu myeg terpalit jugalah dengan laporan itu... Laporan yang di kelurkan oleh mstar online itu di lihat, seolah-olah sistem yang di guna pakai oleh myeg tidak berguna dan sepanjang tahun lepas, pihak myeg macam tak mahu selesaikan masaalah yang berlaku... Difahamkan, pihak myeg telah berjumpa dengan jabatan imigresen dan telah membincangkan beberapa perkara untuk selesaikan masaalah itu... Menurut myeg mereka tidak berupaya untuk proses permohonan apabila passport pekerja asing telah ditukar atau perlu diperbaharui. Maka pekerja yang terbabit perlu ke pejabat imigresen untuk selesai dan kemas kinikan urusan passport mereka. Tidak adil hanya myeg sahaja yang persalahkan sedangkan ada lebih kurang lima lagi syarikat yang turut sama terlibat dalam proses pembaharuan plks itu.

Serpihan Kapal Terbang Dijumpai Besut Terengganu...

Image
Kampung Benting Lintang, Besut, gembar hari ini apabila mereka menjumpai sekeping objek seakan-akan kepingan daripada pesawat terdampar di pantai berhampiran kampung itu. Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penemuan objek yang dikatakan kira-kira dua meter lebar itu. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan menerima maklumat berhubung penemuan itu. “Polis baru saja mendapat maklumat berhubung penemuan itu, kita akan periksa dulu,” katanya. Katanya, serpihan objek yang ditemui berkemungkinan adalah sebahagian badan pesawat. Serpihan itu selebar dua meter, ditemui kira-kira 50 meter dari pantai berkenaan. Polis Terengganu sudah memaklumkan penemuan serpihan itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyiasat. Sabtu lalu, satu serpihan turut ditemui di pantai Nakhon Si Thammart, Thailand dan disahkan bukan milik penerbangan pesawat MH370. Hasil analisis sepasukan

MyEG Permudahkan Urusan Pendaftaran Bukan Menghalalkan Pendatang...

Image
Salah satu objektif utama sistem dalam talian untuk pembaharuan permit pekerja asing pl (ks) melalui  myeg bertujuan untuk membezakan antara pekerja asing yang sah dan tidak sah... Serta bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan pekerja asing yang menyalahi undang-undang negara... Myeg juga berperanan untuk menyusun, mengesahkan, mengekalkan, mengemaskini dan menganalisis pangkalan data pekerja asing yang sah dan yang menyalahi undang-undang. Dengan adanya sistem penyeragaman pembaharuan pas lawatan kerja sementara (plks) bagi pekerja asing melalui dalam talian dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan di kaunter imigresen... Ramai yang agak keliru dan tak berapa nak paham dengan sistem myeg dan ners (sistem pengguatkuasaan dan pendaftaran warga asaing) ini, ramai yang ingat dua sistem ini adalah sama, tetapi yang sebenarnya ia adalah dua sistem yang berbeza... Ners dan myeg adalah dua sistem yang berbeza kerana ners bertujuan merekodkan data biometrik warga asing yang terdiri dari

Sekolah Demokrasi, Demokrasi Apa Yang Kit Siang Dan DAP Nak Ajar...???

Image
Baca peristiwa-peristiwa pemecatan beberapa ahli dap di bawah, mereka di pecat tampa di panggil membuat pembelaan, malah ada juga yang di pecat kerana menegur pemimpin mereka... # Dua ahli DAP di Johor dipecat kerana didakwa mengadakan demonstrasi pada perhimpunan semasa konvensyen parti di Shah Alam serta di Johor. # Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan sudah memecat semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri ini.   # Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bertindak mencabar keputusan DAP di mahkamah kerana memecatnya dari parti itu pada 20 April lalu berikutan pemilihan Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember lepas dianggap tidak sah. # Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee telah dipecat daripada DAP. Keputusan tersebut diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin DAP, Tan Kok Wai di Cheras. # Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggo

Melayu Banyak Bagi Muka Sangat Pada Sekolah Cina...

Image
Pensyarah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan masyarakat Cina agar tidak terlalu banyak kerenah dalam isu sekolah aliran Cina. Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan orang Melayu terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah berkenaan yang tidak pernah ada di negara lain kecuali Malaysia. Dengan mengambil contoh isu guru Melayu yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Mersing baru-baru ini, Ridhuan berkata insiden itu patut membuka mata semua pihak. “Apakah ia tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut meminta guru berkenaan meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama. “Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suat

Kit Siang Di Cabar Tunjuk Bukti Krusus BTN Menggalakkan Perpecahan Dan Bersifat Perkauman...

Image
Kata kit siang, btn perlu di mansuhkan kerana mengalakkan perpecahan, rasisme dan ektremisme yang berlangsung selama tempoh 3 dekad. Tetapi lain pulak dengan orang lama dap seorang ini, tan seng giaw, beliau berlapang dada menerima jemputan btn sebagai salah seorang ahli panel penjenamaan semula btn seperti yang di saran oleh menteri di jabatan perdana menteri, azalina othman said... Sebenarnya dalam dap, kit siang sahaja yang berperangai rasis, dia cuba suburkan perangai rasis tu kepada rakyat malaysia dan masyarakat cina... Pernahkah kit siang sertai krusus btn ? Boleh kah kit sing tunjuk modiul mana dalam krusus itu yang bersifat perkauman, menyuburkan perpecahan dan modiul mana menggalakan ektremisme...??? Kalau tak pernah joint krusus btn, baik kit sing diam...

Serpihan Kapal Terbang Di Thailand Bukan Milik MH370...

Image
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand serta pasukan penyiasatan lain mengenai laporan terkini berkenaan penemuan serpihan pesawat di kawasan pantai Selatan Thailand. Dengan kerjasama DCA di Thailand, pasukan Malaysia yang terdiri daripada DCA, MOT dan pegawai MAS telah memeriksa serpihan yang ditemui bagi mengenalpasti asal usul serpihan terbabit. Berdasarkan penelitian terperinci, pasukan pakar telah mengesahkan bahawa nombor bahagian pemasangan, nombor ikatan wayar dan nombor bahagian bolt adalah tidak sepadan dengan pesawat jenis Boeing 777. Selain itu, beberapa nombor yang dikesan di beberapa bahagian lain serpihan tersebut juga tidak tersenarai dalam manual Katalog Ilustrasi Bahagian MAS B777. Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah dikenalpasti ini, pasukan pakar telah mengesahkan bahawan serpihan tersebut bukan milik pesawat B777 9M-MRO (MH370). Kementerian Pengangkutan ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementeri

Ada Ibu Bapa Cina Yang Risau Melihat Keadaan Anaknya Yang Bersekolah Di SJKC...

Image
Di bawah adalah luahan ibu bapa cina yang mana anaknya bersekolah di sjkc... Mereka sendiri risau melihat keadaan anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu macam anak-anak orang lain yang bersekolah di sekolah kebangsaan... Bukan sekadar tidak fasih berbahasa melayu, malah anak-anak mereka juga tiada kawan dari bangsa lain, malah ada ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk menghantar anak-anak mereka belajar tusyen bahasa melayu di luar... Bila tidak fasih berbahasa melayu sudah tentu la tidak berkawan dengan orang malayu, maka anak-anak mereka yang bersekolah di sjkc ini tidak paham dengan budaya melayu, bila budaya melayu pun mereka tak faham, maka, timbul la perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku, contoh terbaik adalah alvin tan, dia adalah produk sjkc, kalau dia paham budaya melayu, sudah tentu dia tidak menghina umat Islam sewaktu bulan puasa tahun lepas... Itulah luahan ibu bapa yang mana anak mereka bersekolah di sjkc, sejak dari kec

Mungkinkah Ini Serpihan MH370...???

Image
Kepingan bangkai pesawat dijumpai di pantai Selatan Thailand malam tadi, mencetuskan spekulasi ia berkemungkinan salah satu serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014 lalu. Menurut pegawai tempatan, logam besar yang melengkung itu terdampar di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat. Ketua Daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan berkata, penduduk kampung menemui sekeping logam dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pasti objek berkenaan. “Penduduk menjumpai kepingan berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang, “katanya. Penemuan ini mencetuskan spekulasi dalam media Thailand bahawa serpihan itu kemungkinan adalah daripada pesawat MH370, yang hilang bersama 239 orang ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014. Tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu adalah sisa pesawat berkenaan. Logam yang dipenuhi teritip itu mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya membantu untuk mengenal pasti sama ada ia adalah s

Pejuang Yang Kini Di Lupakan, Orang Macam Nie Dapat Gelaran Datuk...

Image
Sepatutnya pejuang macam nie la yang patut di beri gelaran datuk atau tan sri, sepatutnya pejuang macam nie dapat tanah atau apa sahaja benda yang sesuai dengan jasanya kepada negara kerana menentang komunis... Memang dia tak minta balasan atas keringat yang dia curahkan untuk negara, tetapi jasa dan pengorbanan dia harus kita kenang, di waktu kita senang lenang di rumah bermain dengan anak cucu, dia mempertaruhkan nyawa dia untuk kita semua... Ikuti kisah perjuangan salah seorang hero komando 69 (VAT69) Sarjan Mejar (SM) Apot Anak Saad Sebuah jam tangan dirampas daripada anggota komunis dan beberapa pingat sebagai kenangan untuk simpanan Apot. SATU ketika dulu, namanya begitu harum hingga menjadi sebutan ramai terutama oleh pasukan keselamatan. Bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Apot A/K Saad umpama pembawa tuah dalam setiap operasi menjejak dan memerangi pengganas komunis. Jika ada pasukan keselamatan yang gagal mengesan, menjejaki atau menggempur lokasi komunis

Guan Eng Gagal Jawab Persoalan Besar Berkenaan Terowong Dasar Laut...

Image
Orang penang tanya pada guan eng, di manakah pintu masuk utama terowong dasar laut yang guan eng nak buat tu...??? Sekejap guan eng kata nak buat kat gurney drive kejap dia kata pulak nak buat dekat jalan pangkor... Kalau perkara macam nie pon guan eng tak boleh nak jawab, macam mana nak buat projek bilion-bilion macam nie... Dengar sendiri penjelasan dari Professor Jimmy Cheok-Siang Lim Presiden Institut Arkitek Malaysia, pasal pembinaan terowong itu...

Alvin Tan Lari Keluar Negara Untuk Elak Dibicara - Saksi...

Image
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mengesyaki blogger kontroversi Alvin Tan melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mengelak menghadiri prosiding perbicaraan kes terhadapnya. Penolong Pengarah di Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan di MCMC, Akmal Hamdy Baharudin, 32, berkata ia berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). “MCMC memohon kepada Interpol dan kemudian mengeluarkan ‘Notis Merah’ bagi mengesan dan membolehkan Tan ditangkap sekiranya dikesan memasuki mana-mana negara,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin. Sebelum ini, Tan gagal hadir kali pertama ke mahkamah pada 13 Jun 2014 ketika sebutan kes itu. Mahkamah bagaimanapun mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal mengembalikan pasport yang dipohonnya bagi tujuan penggambaran dokumentari di Singapura. Namun, mahkamah kemudian masih meneruskan perbic

Di Saman Kerana Bantu Turap Jalan Berlubang...

Image
Apa Kejadahnya - Satu sebab yang menjadikan pengguna jalan raya semakin hilang hormat terhadap segelintir pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah aduan kerosakan jalan perbandaran langsung tidak diambil tindakan walaupun lokasi jalan berlubang itu betul-betul di hadapan ibu pejabat PBT itu sendiri, sedangkan apabila tiba bab saman-menyaman pula laju saja mereka bertindak. Dalam kes kali ini, Encik Lando Zawawi Vrus dan kumpulan Brotherhood disaman oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - DBKL atas alasan memparkir motosikal di kawasan siar kaki semasa mereka sedang menampal jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur. Kepada pegawai penguatkuasa terbabit, ke mana perginya maruah anda...? Kenapa apabila tiba bab aduan kerosakan jalan, punyalah berkurun lamanya hendak menunggu DBKL bertindak...? Kenapa apabila tiba bab saman-menyaman, laju pula anda bertindak...? Jangan letakkan kedudukan anda sama seperti anjing semata-mata hendak cepat mengadakan majlis khatam buku sama

Rundingan Baling 1955 Dan Misteri Bilik Berkunci...

Image
 info ringkas sekitar Rundingan Baling 1955 1. Chin Peng, Setiausaha Agung PKM diberikan kemudahan sebuah 'billet'(rumah tumpangan/kediaman untuk yang bergelar tentera) yang lengkap dengan barbed wire. 2. Satu platun "marksmen" dari depot Polis Kuala Lumpur ditugaskan untuk mengawal sekitar kawasan sepanjang rundingan berlangsung. 3. Mereka berdiri dalam dua barisan mengelilingi kawasan perimeter dan diberi kebenaran menumpaskan sesiapa sahaja yang cuba menceroboh kawasan larangan. 4. Lebih 200 individu yang kebanyakannya pegawai polis dan pengawal diberi pas masuk khas untuk masuk ke kawasan berpagar. 5. Polis berpangkat konstabel hanya dibenarkan membawa truncheon, iaitu sebatang belantan kecil. 6. Kawasan semak tebal dan belukar di pinggir bukit sekeliling sekolah dibersihkan. 7. Pasukan tentera British berdekatan dari Royal Scots Fusiliers mengendalikan semboyan dari jarak sebatu. Misteri bilik berkunci di sebelah dapur ialah dewan makan yang boleh menempatkan

Isu Saman Nasruddin Tantawi, Tengok Macam Mana Guan Eng Main Wayang...

Image
1. Kelihatan banyak situasi disiar secara tidak menepati kedudukan sebenar apa yang berlaku. Sebahagian pula bersungguh benar untuk menampakkan kononnya saya membuat fitnah dan akhirnya mengaku salah. 2. Saya mengajak para pembaca mengamati beberapa point yang saya kemukakan di sini untuk melihat kedudukan sebenar apa yang berlaku. Pertama : Saya adalah pihak yang disaman. Ertinya pihak YAB Lim Guan Eng yang saman saya dan mendakwa saya telah memfitnah beliau melalui artikel saya bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu bertajuk : Apa beza KIDEX dan Penang Tunnel ? Kedua : Mereka saman saya, kemudiannya mereka yang mahu selesaikan kes ini diluar mahkamah. Beberapa kali mereka merundingi saya supaya saya keluarkan kenyataan mohon maaf dan mereka akan tarik balik saman. 3. Realitinya, sejak setahun yang lalu lagi, pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran dari pihak LGE supaya saya memohon maaf terbuka dan mereka bersedia untuk menarik balik saman ke atas saya. Sejak it

Malaysia Risau Provokasi Yang Dilakukan Oleh Negara China...

Image
Walaupun Fiery Cross Reef terletak di luar kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan, Kuala Lumpur tetap berpendirian penerbangan ujian dan pendaratan pesawat China di situ telah mencetuskan situasi yang meningkatkan ketegangan di kawa­san maritim tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, provokasi China itu menyebabkan usaha-usaha untuk menyelesaikan tuntutan bertindih di antara Vietnam, Filipina dan China menjadi semakin sukar ke­rana ‘kepercayaan dan keyakinan’ yang semakin menipis dalam kala­ngan mereka. Dalam hal ini, kata beliau, Wisma Putra maklum laporan media serantau dan antarabangsa berhubung perkembangan semasa di Laut China Selatan termasuklah penerba­ngan ujian dan pendaratan pesawat awam oleh China di Fiery Cross Reef pada 2 dan 6 Januari lalu. “Pada ketika ini amat penting untuk semua pihak berpegang kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (United Nations - Convention on the Law of the Sea 1982 –

Guru Besar SJKC Pai Chee Engkar Titah DYMM Sultan Johor...

Image
Tuanku Sultan Johor pernah bertitah, Dalam titahnya baginda menolak sebarang unsur perkauman dan baginda tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan isu itu. “Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta’zim. Kita Bangsa Johor, orang Melayu ada hak keistimewaan, kaum Cina dan India juga berhak kerana Johor adalah milik Bangsa Johor. Mungkin datuk moyang mereka dari China atau India, tetapi Johor Darul Ta’zim ialah rumah mereka juga. “Saya tidak akan bertoleransi dengan mereka yang mengamalkan sifat benci-membenci dan perkauman di tanah Johor Darul Ta’zim,” titahnya. Tetapi dalam isu guru melayu yang mengajar di sjkc pai chee ini cukup jelas, guru besar sekolah itu bersikap perkauman... Diharap, satu tindakan tegas dan keras dapat di ambil oleh pihak berwajib...

Adakah Rahman Dahlan Menemplak Titah Sultan Perak...???

Image
Kenyataan rahman dahlan yang mengatakan " putrajaya tiada kuasa menghalang pemaju daripada membina perumahan mahal berbanding mampu milik kerana malaysia bukanlah sebuah negara komunis " Ini pula titah sultan perak yang meminta " hartanah yang siap dibina ini kemudiannya dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan. Baginda bertitah, dalam hal ini ke­perluan perumahan rakyat harus menjadi salah satu isu penting yang amat wajib diberikan perhatian oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi oleh pihak pemaju. " Rahman dahlan keluarkan kenyataan sehari selepas Sultan Nazrin meminta kerajaan memantau harga rumah... Adakah rahman dahlan menemplak titah Sultan Nazrin...??? 1. Sebagai menteri yang bertanggung jawab dalam isu perumahan, kenyataan seperti itu dilihat tidak setara dengan jawatannya, hanya orang yang kurang cerdik sahaja yang mampu mengelurkan kenyataan seperti itu... 2. Memang sudah menjadi tugas KPKT untuk memantau atau

Penjelasan DS Hishammuddin Berhubung Isu 2 Anggota Tentera (Rejimen Sempadan) Menembak Penyeludup...

Image
Berikut adalah penjelasan ds hishammuddin berhubung isu 2 anggota tentera (rejimen sempadan) yang menembak penyeludup di sempadan malaysia thai beberapa hari lepas...   Beliau menjawab soalan pemberita di majlis penerimaan pesawat kedua A400M di pengkalan udara subang semalam...

Kehebatan Orang Melayu Yang Cuba Di Padamkan Oleh Sejarah...

Image
Kalau anda merasakan bahawa artikel ini patut diketahui oleh anak Melayu di luar sana, maka sebarkanlah ia semoga mereka tahu sesungguhnya ,mereka pernah hebat suatu masa dahulu. Lakaran jong di atas dibuat berdasarkan lakaran yang dibuat di Melaka dalam tahun 1613 oleh bangsawan, askar dan sarjana Portugis bernama Godinho de Eredia (yang lahir di Melaka). Ini bermakna lakaran Eredia ini dibuat ketika penghujung zaman Jong Melayu. Di penghujung zaman Jong Melayu ini, jong-jong Melayu telah juga sedikit sebanyak meniru cara pembuatan kapal Cina. Ini bermakna lakaran Eredia ini bukan semestinya 100% bentuk Jong Melayu asal. Cara pembuatan Jong Melayu (yang berbeza daripada pembuatan Jong Cina) ialah perut Jong Melayu berbentuk V, badan Jong Melayu tidak mempunyai rangka, dan paku tidak digunakan dalam pembinaan Jong Melayu. Apa yang pasti adalah Jong Melayu yang asal adalah besar saiznya. Gambar galleon (kapal Portugis zaman dahulu) diletakkan di hadapan jong bagi menunjukkan kemungki

Giliran DAP Isytihar PAS Musuh Utama Mereka...

Image
Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama. Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan. "Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar. "Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.   Kelmarin, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang. "Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya. Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka. Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan U

Idea Menteri Besar Terengganu First Class...

Image
Kenapa la tak ada sorang pon menteri besar atau menteri yang berfikiran jauh macam menteri besar terengganu nie... Dia dapat menyelami kesusahan rakyat... Dia tahu, kos sara hidup kini makin tinggi... Dia tahu rakyat perlu membuat 2-3 perkerjaan untuk menampung kos sara hidup... Idea dia cukup bernas... Harap jangan ada yang perlekehkan idea dia nie...

PAN Adalah Musuh PAS Di Selangor - Iskandar Abd Samad...

Image
PAS selangor sudah mengistiharkan parti amanah negara sebagai musuh mereka di selangor... Menurut persuruhjaya pas selangor, iskandar abd samad, pas selangor akan bertanding di mana-mana kerusi parlimen atau dun yang di tandingi oleh pan... "Mereka sudah jadi musuh pas, maka kita akan tandingi mana sahaja kerusi yang mereka bertanding"

Sedih Bila Tengok 2 Anggota Tentera Di Perlakukan Seperti Penjenayah....

Image
Berikutan insiden 2 anggota tentera (rajimen sempadan) menembak mati seorang penyeludup yang cuba merempuh sekatan jalan raya yang di buat oleh anggota tentera di sempadan malaysia-thai... Fahamnya aku semalam, 2 anggota tentera itu hanya di panggil untuk beri keterangan... Tak sangka pulak sampai jadi macam nie... Kenapa perlu sampai nak masuk lokap bagai...? Tentera menjalankan tugas mereka seperti yang berikan... Kalau nak buat siasatan pon cukup la dengan memanggil kedua anggota itu pergi kebalai polis... Kenapa perlu nak di tahan reman dan pakaikan mereka dengan baju lokap... Atau pun cara terbaik ialah kedua-dua anggota itu di kenakan CB (Confined Barrack) tahanan dalam berek, yang mana pihak polis boleh bila-bila masa pergi ke kem tentera untuk membuat siasatan... Sedih pun ada, malu pun ada bila melihat 2 anggota tentera yang menjaga sempadan dari di bolosi oleh penyeludup di perlakukan sedemikian, seolah-olah mereka melakukan satu kesalahan

Pelajar Hanya 13 Orang, Elok Ditutup Sahaja Sekolah Ini...

Image
Kalau sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan ini juga satu pembaziran... Pelajar yang ada hanya 13 orang... Tetapi sekolah perlu dibuka... Untuk apa..??? Elok ditutup sahaja sekolah ini dan pindahkan 13 orang pelajar itu ke sjkc yang berhampiran atau masukan mereka ke sekolah kebangsaan yang berlambak di sekitar kawasan itu... Pelajar ada 13 orang, kerajaan tetap juga akan mengeluarkan kos untuk bayar api, air dan lain-lain... Atau pun cara yang paling baik ialah, convert sjkc itu menjadi sekolah kebangsaan...

Pihak Berkuasa Indonesia Bakar Bot Nelayan Malaysia...

Image
Pihak berkuasa Indonesia telah membakar dan menenggelamkan tiga bot nelayan Malaysia di Selat Bengkalis, Wilayah Riau semalam, menurut laporan sebuah akhbar Inggeris tempatan. Jakarta Post pada Jumaat memetik Ketua Bahagian Jenayah Am Pejabat Pendakwa Raya Bengkalis, Mico Wave Sitohang sebagai berkata pemusnahan bot itu dirancang untuk pelaksanaan dalam November dan awal Disember tahun lepas tetapi hanya dapat dilakukan pada Khamis. Mico berkata 10 anak kapal warga Malaysia telah dijatuhkan masing-masing hukuman penjara lapan bulan dan denda dua bilion rupiah (kira-kira RM600,000) kerana menangkap ikan secara haram. Kerajaan Indonesia telah membakar dan menenggelamkan beratus bot nelayan asing dalam usahanya membanteras penangkapan ikan secara haram di perairan negara ini. Media tempatan melaporkan sejak tahun lepas kira-kira 107 daripada 177 bot nelayan yang diimpaun oleh Kerajaan Indonesia sama ada dimusnahkan ataupun ditenggelamkan. Sekurang-kurangnya 103 bo

Tembak Penyeludup, 2 Anggota Tentera Di Tahan Polis...???

Image
Dua anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang terkena tembakan selepas van dinaiki merempuh sekatan jalan raya di Kampung Banggol Ubi Keling, Rantau Panjang, semalam. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata dua anggota itu diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan. Katanya, ATM sedang menunggu laporan penuh siasatan kejadian itu. "Selain polis menjalankan siasatan, ATM juga menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7 malam semalam, sebuah van dinaiki dua lelaki merempuh sekatan jalan raya itu. Akibat tindakan itu, anggota keselamatan yang bertugas di pos kawalan berkenaan melepaskan satu das tembakan untuk memberhentikan kenderaan terbabit tetapi peluru itu dikatakan melantun sebelum terkena seorang daripada lelaki yang duduk di bahagian penumpang. Lelaki berusia 32 tahun itu y

Ini Masaalah Bila Tak Paham Bahasa Melayu, Giliran Hamzah Zainuddin Pula Kena Fitnah...

Image
Kalau tak memfitnah bukan puak-puak ni la namanya... Kini giliran menteri kpdnkk, hamzah zainuddin pula yang kena... Kata puak-puak tu, menteri kpdnkk "suruh stafnya masak dari rumah bawak bungkus makan tengahari kat opis bagi mengurangkan beban kos sara hidup"... Padahal, sewaktu perhimpunan, KSU yang berucap sebelum Menteri berucap telah mengatakan dan meminta semua kakitangan untuk membawa bekal makanan ke tempat kerja.  Lepas tu sambil melawak berkatalah Menteri KPDNKK ni. kata dia, Dia tak boleh bawak bekal sebab takkan dia nak makan sorang-sorang, baik beli lauk kat sekitar sini dan staf dia masak nasi dan mereka makan bersama. Puak-puak nie memang tak paham bahasa melayu... Ini masaalahnya bila wujud sekolah vernakular... Lain orang kata, lain yang dia paham... Bahasa melayu pun tak paham, baik jangan duduk kat Malaysia...

PAS Selangor Tak Akan Iktiraf Ahli Majlis PBT Dari Parti PAN...

Image
Pas Selangor kekal pendirian untuk tidak mengiktiraf lantikan lapan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Parti Amanah Negara (Amanah). Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, walaupun wakil Amanah dipilih sebagai ahli majlis PBT namun Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf parti terbabit. "Kerusi Amanah bukan datang daripada kuota Pas malah ahli majlis Pas juga tidak berkurangan berbanding penggal sebelum ini. "Fokus Pas ialah kepada ketua kampung kerana Pas mahu bilangan ketua kampung sekarang dikekalkan," katanya. Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara PKR, Pas dan DAP. Ekoran keputusan itu, Amanah Selangor turut melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan bilangan diberik

Hanya 2 Jam Untuk Tahu Peratusan Mineral Bauksit, Tak Perlu Sampai 2-3 Minggu...

Image
Apa Itu Bauksit? Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini. Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil. Sejarah Sejarah bauksit pertama kali ditemukan oleh ahli geologis Pierre Berthier pada tahun 1821, di Les Baux di selatan Perancis, dalam batuan yang kaya aluminum hidroksida. Bauksit di Tanah Melayu hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan. Selepas P