Adakah Kita Tinggal Di TONGSAN...???

“Di mana kita tinggal? Tongsan?,” soal pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang mengecam campur tangan parti pembangkang negara ini dalam urusan pentadbiran Brunei.

Beliau yang membidas campur tangan Parti Amanah Negara (PAN) mengenai sambutan Krismas di Brunei berkata, apabila orang Islam sudah menjadi jurucakap, pastinya ultra kiasu sangat seronok.

Mereka, katanya, turut mendesak supaya Putrajaya campur tangan mendesak Kerajaan Brunei supaya meliberalkan sambutan perayaan kaum minoriti itu.

“Di mana kita tinggal? Tongsan? Hormatilah perasaan bangsa majoriti dan undang-undang di sana.

“Peliknya, Kristian di Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita gatal punggung? Sila baca artikel Harris Nasril, bertajuk Christmas in Brunei, a reader’s account, yang membuat kajian apa yang berlaku di sana,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Beliau turut membidas pemimpin politik pembangkang yang mahu menjadi jaguh kampung sehingga tidak menghormati prinsip dan pendirian negara lain apabila nampak sesuatu isu yang memberi keuntungan politik dan undi.

Sebaliknya, kata beliau, pemimpin terbabit tidak pula mengemukakan bantahan apabila Perdana Menteri Britain mengisytiharkan negara itu sebagai negara Kristian.

“Ironinya, tindakan Kerajaan China yang kejam ke atas umat Islam iaitu dengan mengharamkan puasa, menyimpan janggut, menutup aurat, banyak lagi cara hidup Islam yang diharamkan, tidak pula diprotes ultra kiasu. Kenapa kita selalu jadi mangsa?

“Sedarkah kita bahawa jumlah rumah ibadat bukan Islam sudah terlebih keperluan, 10 kali ganda bilangan masjid, surau dan mereka boleh buat sesuka hati di sana? Sambutan perayaan bukan hanya di sana, malah menutupi bumi Malaysia?

“Justeru, dalam memberikan keadilan, jangan lihat keadilan itu fair and square atau 1=1, tetapi meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Sensitiviti agama majoriti mesti dihormati,” katanya.

Ustaz Ridhuan juga memberitahu terdapat banyak negara lain yang tidak menyambut Krismas termasuk negara bukan Islam.

“Banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan Islam yang tidak menyambut Krismas. Malah Krismas tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, misalnya di Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.

“Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodoks. Negara Islam bercuti Krismas adalah Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia. Pakistan bercuti pada 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.

“Israel yang terletak berhampiran Gereja Nativiti, Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa AS, pun tidak bercuti pada Hari Krismas. Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

“Brunei ‘mengharamkan’ sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat Islam. Umat Islam perlu menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah,” jelasnya.

Comments

Anonymous said…
"Merry Christmas" tak boleh disebut dikebanyakan negara Eropah dan USA.

Kenapa nak paksa negara bukan Christian menyambut Christmas sedangkan Christmas 'tidak disambut' dieropah.
Anonymous said…
Sebab ada pemimpin bodo...tapi mengaku pandai...tapi malangnya yg pandai pun ikut sekali dibelakang yg bodo..hehehe

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID