Giliran DAP Isytihar PAS Musuh Utama Mereka...


Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.

Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan.

"Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.

"Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS," katanya.
 
Kelmarin, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.

"Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang," katanya.

Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka.

Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang.

Komen aku: Kelmarin PAS kata PAN adalah musuh utama mereka di selangor, semalam DAP pula kata PAS adalah musuh utama mereka...

Nampak sangat DAP cuba backup PAN... senang cerita, DAP tak bagi PAS usik PAN...

Jujur aku tanya pada ahli PAS, dalam pru akan datang aku tahu korang takan undi BN, tapi adakah korang (ahli PAS) akan undi PAN, DAP atau PKR...???

Comments

Anonymous said…
Haram jadah ajen dapig ajar berjudi...
Anonymous said…
Aku sangat risau Pas nanti u-turn bila seguni RM berlonggok dpn mata....hehehe

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID