Breaking News
Loading...
January 8, 2016

Info Post

Apa Itu Bauksit?

Bauksit adalah bijih utama untuk menghasilkan aluminium. Bauksit bukanlah mineral seperti yang difahami sebelum ini. Ia merupakan batuan yang terdiri dari sekumpulan mineral aluminum hidroksida seperti gibsit, bohmit atau diaspor dan mineral tambahan seperti goetit, hematit, kaolini, dan anatase atau rutil.

Sejarah

Sejarah bauksit pertama kali ditemukan oleh ahli geologis Pierre Berthier pada tahun 1821, di Les Baux di selatan Perancis, dalam batuan yang kaya aluminum hidroksida.

Bauksit di Tanah Melayu hanya mula dikenali dan dijalankan perlombongannya pada tahun 1936 di Bukit Pasir berhampiran dengan Batu Pahat. Sebelum Perang Dunia II, dua lombong bauksit telah dibuka iaitu di Perigi Acheh dan Sri Medan. Namun kedua-dua lombong tersebut telah ditutup pada tahun 1941 apabila meletusnya Perang Dunia II. Kebanyakan hasil bauksit Tanah Melayu dieksport ke negara Jepun dan hanya sebahagian kecil sahaja dieksport ke Australia dan Taiwan.

Selepas Perang Dunia II, industri aluminium atau perlombongan bauksit ini bermula di Teluk Ramunia, Penggerang di Johor sekitar tahun 1955. Sekarang industri bauksit Teluk Ramunia sudah menjadi sejarah dan kini hanya industri pengambilan pasir silika untuk kegunaan industri tempatan dan juga eksport ke Singapura. Selain itu terdapat juga industri keluli dan beberapa industri berkaitan petroleum dan gas di sana.(Sumber Wikipedia)


Kegunaan Bauksit

Bauksit terbentuk hasil kesan pemendapan dan pemampatan batu batuan yang memakan masa tempoh lama (mungkin berjuta tahun).Dicampur dengan elemen dehidrasi (pengeringan) oleh suhu panas. Kebiasaannya bauksit mudah ditemui di kawasan tanah berbanding minyak dan gas serta sesetengah bijih besi dan bijih timah tertentu yang memerlukan penggalian tanah yang sangat dalam.

Bauksit ini kebanyakkan digunakan dalam industri penghasilan seramik, penghasilan jentera mesin dan kenderaan terutama badan kapal terbang, industri pembungkusan khususnya pembungkusan makanan dalam tin, serta pembinaan bangunan seperti struktur bumbung dan atap.

Dikatakan bauksit ini mampu bertahan pada suhu rintangan dan pembakaran yang sangat tinggi. Selain itu ia juga digunakan dalam bahan kimia untuk menyahkan kotoran berupa minyak, gas nitrogen dan sulfur.


Mengapa Bauksit Bewarna Merah?

Melalui catatan Facebook Profesor Dr. Hamzah Mohamad, Pakar Geologi yang kini berkhidmat di Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM, Pulau Pinang,

“Selain mengandungi mineral gibsit [Al(OH)3], bohmit [AlO(OH)] dan diaspor [HAl2O3] yang diekstrak aluminiumnya untuk kegunaan komersil, tanah bauksit juga mengandungi mineral sampingan seperti kuarza, kaolinit, kalsit, rutil dan mineral-mineral besi, terutama hematit dan goetit“.

Menurut Prof Dr Hamzah “Jangan terkejut bahawa ketiga-tiga mineral yang kaya Aluminium ini (gibsit, bohmit, diaspor) sebenarnya berwarna PUTIH , seakan-akan kaolin. Mineral yang menghasilkan warna merah kepada tanah bauksit ialah hematit [Fe2O3] dan goetit [Fe2O3.H2O].

“Apa-apa mineral pun sekiranya tinggi kandungan besi ferik, Fe2O3, ini akan membawa kepada penghasilan warna merah”, ujar beliau.

Beliau menambah, “Saya puratakan kandungan bauksit yg dilombong secara besar-besaran terdapat di lima negara iaitu Greece, Brazil, Australia, India dan Indonesia dan mendapati kandungan hematit ialah 10% dan goetit 5% daripada keseluruhan tanah bauksit yang dilombong”.

Beliau turut menegaskan bahawa,  “kita di Malaysia heboh dan bercakap sahaja tentang bauksit, tetapi peratus mineral berbesi ini pun kita tak tahu”.

Beliau turut mempelawa kepada mereka-mereka yang berminat melawat makmal beliau Earth Material Characterization Laboratory (EMCL) di USM yang boleh menentukan peratusan mineral bauksit dalam masa DUA JAM sahaja melalui peralatan Sinar-X dan Scanning Electron Microscopy kami (XRF, XRD, SEM) dan tidak perlu menunggu sehingga dua tiga minggu seperti didakwa.

SUMBER – Majalah Sains 

0 comments: