Breaking News
Loading...
January 28, 2016

Info Post
Salah satu objektif utama sistem dalam talian untuk pembaharuan permit pekerja asing pl (ks) melalui  myeg bertujuan untuk membezakan antara pekerja asing yang sah dan tidak sah...

Serta bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan pekerja asing yang menyalahi undang-undang negara...

Myeg juga berperanan untuk menyusun, mengesahkan, mengekalkan, mengemaskini dan menganalisis pangkalan data pekerja asing yang sah dan yang menyalahi undang-undang.

Dengan adanya sistem penyeragaman pembaharuan pas lawatan kerja sementara (plks) bagi pekerja asing melalui dalam talian dapat mengurangkan 50 peratus kesesakan di kaunter imigresen...

Ramai yang agak keliru dan tak berapa nak paham dengan sistem myeg dan ners (sistem pengguatkuasaan dan pendaftaran warga asaing) ini, ramai yang ingat dua sistem ini adalah sama, tetapi yang sebenarnya ia adalah dua sistem yang berbeza...

Ners dan myeg adalah dua sistem yang berbeza kerana ners bertujuan merekodkan data biometrik warga asing yang terdiri daripada kategori pelawat, pemegang pas warga asing dan pemegang pas jangka panjang di semua pintu masuk ke negara ini...

Melalui ners, semua cap jari serta biodata setiap warga asing yang keluar dan masuk akan disimpan secara elektronik dan secara tak langsung kerajaan mempunyai profil setiap warga asing yang memasuki dan berada di dalam negara ini.

Dan myeg pula adalah sistem penyeragaman pembaharuan plks untuk semua pekerja asing melalui dalam talian bagi membolehkan permit pembaharuan pekerja  asing bagi semua sektor dibuat secara dalam talian tanpa perlu ke kaunter.

0 comments: