PAS Selangor Tak Akan Iktiraf Ahli Majlis PBT Dari Parti PAN...


Pas Selangor kekal pendirian untuk tidak mengiktiraf lantikan lapan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abd Samad berkata, walaupun wakil Amanah dipilih sebagai ahli majlis PBT namun Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf parti terbabit.

"Kerusi Amanah bukan datang daripada kuota Pas malah ahli majlis Pas juga tidak berkurangan berbanding penggal sebelum ini.

"Fokus Pas ialah kepada ketua kampung kerana Pas mahu bilangan ketua kampung sekarang dikekalkan," katanya.

Terdahulu, hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan lapan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dibahagikan kepada wakil Amanah hasil persetujuan antara PKR, Pas dan DAP.

Ekoran keputusan itu, Amanah Selangor turut melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan bilangan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada parti itu untuk mengisi jawatan ahli majlis PBT.

Pengerusinya, Izham Hashim masih menyimpan harapan untuk meneruskan rundingan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan berharap berlaku pertambahan kerusi kepada ahli majlis Amanah.

Sementara itu, Iskandar sebelum ini turut menegaskan pihaknya tidak akan memberi laluan kepada Amanah untuk mendapatkan kuota ahli majlis kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan ahli Pas di peringkat akar umbi.

Comments

Anonymous said…
Kerja untuk rakyat belum mula, dah bising pasal kerusi...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID