Serpihan Kapal Terbang Di Thailand Bukan Milik MH370...

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) telah berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand serta pasukan penyiasatan lain mengenai laporan terkini berkenaan penemuan serpihan pesawat di kawasan pantai Selatan Thailand.

Dengan kerjasama DCA di Thailand, pasukan Malaysia yang terdiri daripada DCA, MOT dan pegawai MAS telah memeriksa serpihan yang ditemui bagi mengenalpasti asal usul serpihan terbabit. Berdasarkan penelitian terperinci, pasukan pakar telah mengesahkan bahawa nombor bahagian pemasangan, nombor ikatan wayar dan nombor bahagian bolt adalah tidak sepadan dengan pesawat jenis Boeing 777.

Selain itu, beberapa nombor yang dikesan di beberapa bahagian lain serpihan tersebut juga tidak tersenarai dalam manual Katalog Ilustrasi Bahagian MAS B777. Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah dikenalpasti ini, pasukan pakar telah mengesahkan bahawan serpihan tersebut bukan milik pesawat B777 9M-MRO (MH370).

Kementerian Pengangkutan ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Thailand dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand untuk tindakan pantas serta sokongan mereka dalam proses pengenalpastian ini.

Ingatan dan doa kami sentiasa bersama keluarga dan kenalan penumpang dan anak kapal MH370. Kementerian ini akan terus memberi maklumat terkini kepada waris dan masyarakat umum tentang perkembangan terkini MH370. Kami terus komited untuk meneruskan misi pencarian di Lautan India Selatan.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID