Breaking News
Loading...
January 28, 2016

Info Post
Kampung Benting Lintang, Besut, gembar hari ini apabila mereka menjumpai sekeping objek seakan-akan kepingan daripada pesawat terdampar di pantai berhampiran kampung itu.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung penemuan objek yang dikatakan kira-kira dua meter lebar itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, mengesahkan menerima maklumat berhubung penemuan itu.

“Polis baru saja mendapat maklumat berhubung penemuan itu, kita akan periksa dulu,” katanya.
Katanya, serpihan objek yang ditemui berkemungkinan adalah sebahagian badan pesawat.

Serpihan itu selebar dua meter, ditemui kira-kira 50 meter dari pantai berkenaan.

Polis Terengganu sudah memaklumkan penemuan serpihan itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyiasat.

Sabtu lalu, satu serpihan turut ditemui di pantai Nakhon Si Thammart, Thailand dan disahkan bukan milik penerbangan pesawat MH370.

Hasil analisis sepasukan pakar kerajaan dan Malaysia Airlines ombor bahagian ia dikilangkan, nombor gumpalan wayar dan nombor bahagian batang logam tapi tidak menyamai daripada Boeing 777.

0 comments: