Tembak Penyeludup, 2 Anggota Tentera Di Tahan Polis...???


Dua anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang lelaki yang terkena tembakan selepas van dinaiki merempuh sekatan jalan raya di Kampung Banggol Ubi Keling, Rantau Panjang, semalam.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata dua anggota itu diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan. Katanya, ATM sedang menunggu laporan penuh siasatan kejadian itu. "Selain polis menjalankan siasatan, ATM juga menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 7 malam semalam, sebuah van dinaiki dua lelaki merempuh sekatan jalan raya itu.

Akibat tindakan itu, anggota keselamatan yang bertugas di pos kawalan berkenaan melepaskan satu das tembakan untuk memberhentikan kenderaan terbabit tetapi peluru itu dikatakan melantun sebelum terkena seorang daripada lelaki yang duduk di bahagian penumpang. Lelaki berusia 32 tahun itu yang cedera di kepala, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 7.50 pagi ini. Sementara itu, abang lelaki berkenaan, Sollah Shafie, 40, berkata adiknya yang bekerja sebagai tukang paip, mengikut rakan untuk membawa beras yang dibawa masuk dari negara jiran sejak tiga hari lalu.

Katanya, dia reda dengan kejadian itu dan tidak menafikan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan terdedah dengan kegiatan penyeludupan untuk mencari sesuap nasi. "Namun, (sebelum ini) adik saya tidak pernah melakukan penyeludupan kerana bekerja di sebuah syarikat kontrak paip di Rantau Panjang. "Saya minta polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian adik saya ini," katanya.

Nota: Perkara yang sebenarnya ialah, 2 anggota tentera itu bukan ditahan oleh polis, tetapi mereka di panggil untuk beri keterangan dan membantu siasatan mengenai insiden itu...

Comments

Anonymous said…
Lagi bagus penjenayah yang mampus daripada anggota keselamatan!

Kurang sikit manusia2 yang sebenarnya SAMPAH!
ramlan aziz said…
Hehe....tunggang tebalik dah...nak mampus kot negara nih....!
Anonymous said…
Orang yg tak tau bab siasatan lebih baik diam. Dan bagusnya sebagai peringatan kepada penyeludup. Bagus ditembak kalau lari takut yg dibawa bom atau senjata.
Anonymous said…
cuba berenti bila diarah .. ni idok yg duk gi langgar sekatan tu apehal
abang dia sendiri mengaku adik dia menyeludup beras .. nak siasatan terpeinci mende lagi ntah .. apa motifnya
nak mintak gantirugi...?

Check Point tentera kira KAWASAN TENTERA lah WP DALAM KAMPONG ... BILA DAH CABAR KUASA TENTERA DLM KAWASAN TENTERA MAKA TERIMA LAH AKIBAT NYE...
Unknown said…
Kalau zaman jeneral dulu² bila anggotanya ditahan polis memang masakla balai.
Anonymous said…
sepatutnya penyeludup yg tanggung akibat...yg tembak tentera yg bertugas bukannya org awam..abis tu senjata yg dibekalkan...utk tujuan apa??baik bagi belantan.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID