Breaking News
Loading...
February 22, 2016

Info Post

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan rasa terkejutnya dengan ‘campur tangan’ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam pentadbiran negerinya.

Lim berkata ini kali pertama seorang menteri besar atau ketua menteri sesebuah negeri yang diterajui Pakatan mengulas mengenai pentadbiran negeri lain.

"Sebagai menghormati, kita biasanya tidak lakukan ini. Jika ada apa-apa isu untuk dibincangkang, kita akan timbulkan secara tertutup dan bukannya di khalayak ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan majlis Tahun Baru Cina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang hari ini.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin bahawa ketua menteri itu tidak sepatutnya melucutkan jawatan pengarah GLC dua wakil rakyat PKR - Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tengah) (kanan) dan Cheah Kah Peng (ADUN Kebun Bunga) - kerana mereka hanya menjalankan peranan sebagai wakil negeri yang dipilih.

Azmin selaku timbalan presiden PKR mempertahankan kedua-dua wakil rakyat partinya itu dan berkata biro politik telah menghantar surat kepada Lim dengan harapan perkara itu boleh dibincangkan secara harmoni.

Menurut Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP, beliau akan memberi tindak balas secara positif sebagai menghormati kedudukan Azmin sebagai menteri besar dan akan mempertimbangkan surat rayuan PKR berhubung nasib dua ADUN itu.

"Kita belum terima surat itu dan Azmin tidak menyebut apa-apa kepada saya apabila kami jumpa minggu lalu pasa mesyuarat Majlis Raja-Raja di Selangor," kata Lim.

Ong diketepikan daripada jawatan pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Bhd manakala Cheah digugurkan daripada Perbadanan Bukit Bendera.

November lalu, kedua-dua mereka adalah antara lima daripada wakil rakyat PKR di Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan. SUMBER

0 comments: