Breaking News
Loading...
February 18, 2016

Info Post

CANBERRA, Rabu –Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dijangka berakhir penghujung Jun ini jika tiada petunjuk baharu ditemukan selepas empat buah kapal memeriksa kawasan seluas 119,994.15 kilometer persegi di Lautan Hindi.

Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan berkata, sehingga kini, hanya satu bukti fizikal ditemukan iaitu serpihan flaperon yang terdampar di Pulau Reunion, Lautan Hindi, kira-kira 3,701 kilometer dari zon pencarian utama pada Julai tahun lalu.

Sehubungan itu, Martin yang mengetuai misi itu akhirnya mengakui operasi tersebut kemungkinan ‘tidak akan berjaya’.

“Kami telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, namun kehilangan MH370 sukar diramal dan kemungkinan misi pencarian kami ini gagal.

“Keadaan itu menimbulkan persoalan. Adakah kami semua terlepas sesuatu?,” katanya kepada Bloomberg.

Pada bulan lepas, Dolan memberitahu laman web Australia, News Online, kru pencarian telah meneliti semula segala petunjuk yang ada bagi memastikan mereka tidak terlepas pesawat berkenaan yang dipercayai ketika melalui ruang udara Lautan Hindi. SUMBER

1 comments:

Anonymous said...

Isu utama adalah macam mana kapal terbang MH370 itu boleh melencong sampai ke Lautan Hindi? Malahan sikap pihak ATM di Pulau Pinang yang tidak memantau dengan betul kerana telah melihat ada objek yang mencurigakan di ruang angkasa negara, tetapi tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk menghubungi objek itu adalah sesuatu yang amat dikesali.

Perkara ini bukan isu kecil, tetapi melibatkan lebih 200 nyawa manusia, banyak keluarga bersedih akibat kehilangan ahli keluarga mereka yang tidak diketahui apakah yang sebenarnya berlaku terhadap para penumpang pesawat itu.

Semoga jika ada pihak yang bersikap khianat terhadap pesawat itu hingga menyebabkan tragedi ini serta pihak-pihak yang bersekongkol dengan perbuatan itu akan diberikan pembalasan oleh Allah Taala atas perbuatan kejam mereka itu.

Kita faham apa itu takdir, tetapi perbuatan jahat dan kejam adalah tidak boleh diterima dan perlu dihukum, keadilan perlu ditegakkan.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar