Breaking News
Loading...
February 10, 2016

Info Post

Saya amat menyokong hasrat Ketua Menteri Sarawak ini yg memperjuangkan agar bumiputera Sabah dan Sarawak tidak lagi di klasifikasikan sebagai kaum lain-lain dalam mana2 borang pengenalan identiti individu.

Kebiasaannya dalam mana2 borang identiti, hanya di kelaskan sebegini utk di tandakan "X"

i) Melayu
ii) Cina
iii) India
v) Lain-lain (nyatakan)_____________

Pengelasan spt di atas adalah jelas BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN kerana di dalam Perlembagaan, hanya 5 istilah ini sahaja di nyatakan :-

1. Orang Melayu
2. Orang Asli
3. Anak Negeri Sabah
4. Anak Negeri Sarawak
5. Kaum-kaum lain

TIDAK WUJUD ISTILAH KAUM CINA DAN KAUM INDIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

TIDAK WUJUD JUGA ISTILAH BUMIPUTERA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Hanya 5 kategori di atas sahaja merupakan pengkelasan identiti bangsa di Malaysia

Oleh itu, apa yg dinperjuangkan oleh Ketua Menteri Sarawak ini adalah selaras dengan Perlembagaan manakala penggunaan istilah Cina dan India adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

0 comments: