Projek DASH: Azmin Ali Kelirukan Rakyat Selangor...


Gerakan Selangor hari ini menyelar kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana membuat kenyataan flip-flop dan polisi yang mengelirukan berhubung projek kontroversi Lebuh Raya Damansara Shah Alam (DASH).
 
Pengerusi Gerakan Selangor, Datuk David Ang Chin Tat berkata, sikap berdiam diri kerajaan negeri terhadap bantahan penduduk tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) Say No To Dash (SNTD) juga menimbulkan persoalan bahawa kerajaan negeri yang ada kini tidak banyak beza daripada kepimpinan terdahulu.
 
“Adalah jelas bahawa Azmin Ali lebih suka untuk menutup isu-isu berbanding melaksanakan dasar yang mesra kepada orang ramai.
 
“Menutup segala kontroversi dan memberikan alasan yang baik untuk mengelirukan orang ramai,” katanya menerusi satu kenyataan.
 
Beliau turut menggesa kerajaan Pakatan Rakyat berhenti daripada bekerjasama dengan pemaju projek lebuhraya berkenaan bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan mereka adalah berbeza dengan sebelum ini. SUMBER

Apa la nasib rakyat selangor dapat menteri besar buat keputusan flip-flop macam azmin ali, hemm... pandai-pandai korang la apa nak buat masa pru nanti...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID