Skandal Terbaru Azmin Ali, Mehh Kita Bongkar...


Belum Habis Rakyat Kecewa Dengan Pembaziran Projek ‘Facelift’ (Ubah Suai Ringan) Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan Bernilai RM9.8 Juta, Kini Kerajaan Selangor Di Bawah Pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Muncul Pula Dengan Projek Ganti Kubah Masjid Negeri Dengan Nilai RM32.4 Juta.

Ia Dicatatkan Dalam Belanjawan Selangor Dan Projek Tersebut Akan Bermula Pada Mac Atau Awal April Ini Sekaligus Badrul Hisham Shahrin Atau Lebih Dikenali Sebagai Che’GuBard Menegaskan Ia Satu Pembaziran Dan Bukan Keperluan Terdesak Untuk Mengeluarkan Sejumlah Wang Yang Besar Dalam Keadaan Ekonomi Yang Tidak Stabil.

“Adakah Nanti Projek Ini Juga Setelah Ramai Pertikaikan Akan Ditutup Dengan Kononnya Sudah Ada Penderma? Atau Sebut Sahaja Ia Kehendak Istana Dan Tidak Boleh Dielakkan? “Ia Pembaziran, Ingat Kubah Membazir Bernilai RM32.4 Juta Itu Bukan Ajaran Dan Keperluan Islam Pun, Banyak Keperluan Lain Dalam Negeri Ini Harus Diutamakan,” Kata Che’GuBard Dalam Satu Kenyataan Pada Isnin.

Tambahnya Kerajaan Negeri Dibawah Pentadbiran Pembangkang Seharusnya Memikir Bagaimana Untuk Meningkatkan Taraf Hidup Penduduk Dan Pendidikan Anak-Anak. “Jika Benar Perihatin Dengan Pembinaan Modal Insan Atau Pendidikan Seperti Yang Ditekankan Dalam Islam, Maka Bayangkan Jika Nilai Wang Itu Diberikan Kepada Institut Pendidikan Di Bawah Kerajaan Negeri Seperti UNISEL? “Maka Tidak Mustahil Pendidikan Percuma Pun Mampu Terlaksana, Jika Diberikan Kepada Anak-Anak Muda Untuk Dilatih Dan Dimodalkan Mereka Memulakan Perniagaan, Berapa Ratus Ribu Usahawan Muda Mampu Dihasilkan?” Soalnya Lagi.

 Tambah Beliau, Apa Yang Dibuat Azmin Itu Bertentangan Dengan Perjuangan PKR Yang Sebelum Ini Begitu Menetang Pembaziran, Salah Guna Kuasa, Lemah Urus Tadbir Mahupun Penyelewengan. Ini Kerana Jelas Che’GuBard Yang Merupakan Ahli PKR Seumur Hidup, Wang Tersebut Sepatutnya Boleh Disalurkan Untuk Membaiki Banyak Jalan Rosak Di Selangor Sekaligus Kehidupan Rakyat Boleh Ditingkatkan, Malah Kemalangan Boleh Dielakkan.

“Saya Sebut Tanpa Berselindung Keegoan Kerajaan Selangor Meneruskan Siri Pembaziran Ini Akan Mengundang Kebencian Rakyat. “Ingat Kita Pernah Mengkritik Mahathir Kerana Membina Kediaman Rasmi Perdana Menteri Dengan Nilai RM200 Juta Ketika Negara Dalam Keadaan Gawat Dan Rakyat Susah.

“Kini Apa Bezanya Kita Apabila Berkuasa Kita Meluluskan Perbelanjaan RM9.8 Juta Untuk Ubah Suai Pintu Gerbang, RM32.4 Juta Untuk Ganti Kubah Masjid Dalam Keadaan Jika Ia Disalurkan Kepada Yang Lebih Memerlukan, Maka Lebih Ramai Akan Naik Taraf Kehidupannya,” Tambahnya.Kerja Menggantikan Panel Kubah Dan Jubin Yang Mempunyai Tulisan Ayat Suci Al-Quran Di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Di Shah Alam Dijangka Siap Sebelum Atau Pada 5 Disember 2016. Dilaporkan, Panel Kubah Tersebut Akan Diganti Dengan Panel Jenis ‘Vitrous Enamel’ Yang Diimport Dari Jerman. – SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID