Clever Girl, Bukan Peserta Je Tak Cerdik, Penerbit Pun Tak Berapa Nak Cerdik Jugak...


Aku tertarik dengan satu artikel yang bertajuk "Berhenti Kecam Peserta Clever Girl' - Penerbit" dalam artikel tu, penerbit tu kata, "peserta clever girl bahawa kesemua peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ yang tinggi. Namun, disebabkan rasa gemuruh menyebabkan sesetengah peserta menjadi gugup berdepan dengan ujian yang diberi." kliksini

Ok, aku tak nafikan, kalau aku jadi peserta aku jugak akan rasa persaan yang sama, silap-silap aku jadi macam sudin dalam filem seniman bujang lapok, asyik dok terkucil je...

So aku pon saja-saja la search video clever girl ni dalam youtube, haa jumpe, video segmen keempat minggu kedua...

Episod penyingkiran dua peserta, satu dari perlis dan satu dari sarawak...

Soalan pertama yang di ajukan oleh pengacara ialah, berapa "berapa banyak filem p.ramlee yang menggunakan tajuk bujang lapok" soalan tu pada aku senang, ko kira je la, mula dari filem bujang lapok yang masak gulai ayam terlebih letak garam, pendekar bujang lapok pi belajar silat dengan pendekar mustar, ali baba bujang lapok password buka pintu gua "niat ingun mata aji semara ngi seng"  dan seniman bujang lapok, sudin nyaris-nyaris tak mau screen test, so dah tentu ada 4 filem p.ramlee yang guna tajuk bujang lapok...

Tapi malangnya, jawapan C. 4, bukan menjadi pilihan peserta sarawak tu, dia pilih jawapan B. 3, aku kata huhhh mampos... tengok minit 1:50

Lebih malang lagi, jawapan yang peserta sarawak tu pilih adalah betul B.3, adehhh.... aku dah tak paham...

Siapa sebenarnya yang kurang cerdik dalam rancangan ini? pengacara? peserta? atau penerbit rancangan?

Bukan ke filem yang guna title bujang lapok ada 4, kenapa peserta sarawak kata 3 jawapan dia di terima sebagai betul?

Lainlah kalau soalan tu macam nie, selain filem bujang lapok, ada berapa lagi filem p.ramlee yang guna tajuk bujang lapok, haaa... soalan itu nampak tricky tapi kalau jawapan 3 yang di beri memang betul...

Adehh... kalau stesen tv madagascar yang buat rancangan nie aku tak heran sangat, tapi yang anjurkan rancangan nie tv3 la beb... beribu kali tv3 tayang filem tu, takan la penerbit dia tak reti lagi nak kira berapa banyak filem p.ramlee yang guna tajuk bujang lapok...

Pada aku, bukan hanya peserta yang tak clever, tapi penerbit pon sama tak clever jugak...

Menangis p.ramlee kalau dia tengok anak muda zaman sekarang tak hargai hasil karya dia...


Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID