Breaking News
Loading...
March 4, 2016

Info Post
Kerajaan pernah mengharamkan PPS, sumber Free Malaysia Today  

Mahkamah Rayuan semalam memberikan jaminan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memulakan prosiding mencabar arahan Kementerian Dalam Negeri yang telah mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh HAKIM LIM YEE LAN membenarkan rayuan Kerajaan Negeri untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menolak permohonan kebenaran itu.

Hakim juga mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk pengurusan kes. Hakim juga mendengar permohonan peguam Tommy Thomas, yang memberitahu mahkamah, Kerajaan Negeri tidak menuntut kos undang-undang, supaya kes itu didengar di hadapan hakim yang lain.

Selain HAKIM LIM YEE LAN, hakim-hakim lain dalam panel tersebut adalah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr. Badariah Sahamid dan Hakim Mahkamah TInggi Harminder Singh Dhaliwal. SUMBER

Ps. teringat kata-kata seorang pesara komando vat69 sewaktu di interview dalam history channel, katanya " dia (komunis) letak senjata, dia tak buang idealogi dia...

Jadi berhati-hatilah ye...

1 comments:

Anonymous said...

Baguslah,sekurang-kurangnya bukan komunis ni yng rompak 2.6 billion duit rakyat,lanun dan perompak sebenar adelah yng mengaku melayu dgn slogan hidup melayu...haram jadah betul!