Breaking News
Loading...
March 8, 2016

Info Post

Gara-gara usaha gigih MCA, seramai 1,157,000 orang pendatang keturunan Cina diiktiraf sebagai rakyat Malaya pada bulan Jun 1953. Pada waktu itu, jumlah penduduk Tanah Melayu hanya 4,139,000 orang.

Pada 1952 (tahun yang sebelumnya), syarat permohonan untuk menjadi warga negara telah dilonggarkan hasil desakan MCA. Maka Cina Malaysia sebenarnya banyak terhutang budi kepada MCA. Tanpa campurtangan parti Cina tersebut, mereka pasti akan ditinggalkan ‘stateless’ umpama Cina di Brunei.




Bantuan MCA menjurus kepada 2 juta Cina jadi warga negara

Pada 31 Ogos 1958, seramai satu juta lagi orang Cina telah mendaftar untuk menjadi warga. Butir-butir yang disebutkan ini dikemukakan dalam sebuah kertas selidik oleh Dr Chong Siou Wei dan Dr Wong Wun Bin, iaitu dua ahli fakulti Institut Pengajian Cina di Universiti Tunku Abdul Rahman.

MCA telah membantu lebih daripada 2,000,000 Cina untuk mendaftar sebagai warga, kata setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan dalam ucapan beliau sempena sambutan ulangtahun ke-67 partinya dua hari lepas.

Namun budi MCA tidak dikenang malah dibayar dengan tuba oleh masyarakat Tionghua.



Kaum Tionghua menolak bulat-bulat MCA dalam PRU (1959)

Dalam pilihanraya 1959, yakni PRU yang pertama kali diadakan pasca-Merdeka, MCA kalah 12 kerusi kepada Parti Buruh dan PPP beserta tewas juga kepada dua orang calon bebas.

Kawasan-kawasan di mana MCA kecundang adalah terletak di bandar majoriti penduduk Cina di Kuala Lumpur, Ipoh dan George Town. Secara keseluruhannya, pihak pembangkang (maknanya semua yang bukan Perikatan) meraih undi popular sebanyak 48.2 peratus. BACA SELANJUTNYA DISINI

0 comments: