Muhyiddin Akan Buat Kejutan Esok...???





Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba penerbangan dari  Vietnam hari ini.

Muhyiddin menambah, segala perihal yang melanda beliau kini akan dijelaskan pada Khamis ini.

"Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.

‎"Sementara itu saya masih berada di dalam umno," katanya.

Terdahulu Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong beliau kerana hadir menyambut beliau di KLIA pada hari ini.

"Saya ucap terima kasih, kepada sahabat yang datang memberi sokongan kepada saya hari ini," katanya.

Comments

Anonymous said…
Kosongkan je. Buat prk. Boleh tahu samada rakyat sokong umno lg atau tidak.
Anonymous said…
Setuju. Minta TS Muhyiddin kosongkan kerusi parlimen. Adakan PRK. kita nak tgk kuat ke tidak BN bawah zahid komedi jadi pengarah prk BN.
Anonymous said…
Letak jawatan sebagai MP je, suuh mat sabu jadi calon ph kat parlimen pagoh tu... Tgk brape ramai yang akan sokong ph berbanding bn
Anonymous said…
Betul ke Muhyidin bersubahat dengan para konspirator atau dia sebahagian dari konspirators itu?
Anonymous said…
Kosongkan kerusi pon dh tak guna. SPR blh je tolak nk buat PRK klau bwh 3 tahun sebelum next PRU.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID