Breaking News
Loading...
March 3, 2016

Info Post
Gambar ehsan blog Untold History

Tarikh 3 Mac 1946 bersamaan 27 Rabiulawwal 1365 Hijrah.

Berpuluh puluh tahun dulu di wilayah Sumatera Timur di Indonesia,berlaku satu peristiwa penumpahan darah beramai ramai akibat hasutan sesetengah pihak,yang akhirnya mengorbankan sultan-sultan Melayu yang menguasai wilayah Sumatera Timur,para kerabat diraja,bangsawan dan orang Melayu di sana.

Semuanya berlaku akibat hasutan dari Parti Komunis Indonesia didalangi oleh Karim Marah Sutan dan Luat Siregar,kepada pekerja pekerja etnik Jawa yang bekerja di ladang ladang dan estet estet milik pemerintah Melayu di kawasan itu.
Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan persengketaan antara etnik peribumi di Sumatera,iatu Melayu Sumatera,Batak dan Simalungun dengan etnik etnik imigran yang bekerja sebagai pekerja kepada pemerintah Melayu seperti Jawa,Madura,Sunda dan lain lain lagi.

Kesultanan dan kerajaan Melayu yang menjadi mangsa peristiwa ialah seperti berikut;

Kesultanan Deli Darul Maimon

Kesultanan Serdang Darul Arif

Kesultanan Asahan

Kesultanan Langkat Darul Aman

Kerajaan Panai

Kerajaan Tanah Karo dan Simalungun

Pada malam itu,pemberontak yang rata ratanya telah dipengaruhi oleh dakyah komunis telah menyerang istana sultan sultan Melayu.Istana Sultan Asahan diserang dan ramai kerabat bangsawan dan orang Melayu di luar istana dibunuh ketika berlawan dengan pemberontak terbabit.Sultan Asahan sempat melarikan diri ke belakang istananya.

Istana Kesultanan Deli turut dilanggar kumpulan pemberontak namun Sultan Deli selamat dengan bantuan tentera sepahi Inggerisnya.Namun,seperti biasa,banyak orang awam terbunuh.

Raja Kerajaan Panai turut dipenggal kepalanya bersama anggoota keluarganya.

Tetapi tiada yang lebih menyayat hati berbanding apa yang menimpa Sultan Langkat dan kerajaanya.Istananya diceroboh masuk,dirompak segala barangannya.Sebahagian besar kerabat bangsawan dibunuh dan dipenggal kepalanya dengan kejam,termasuklah seorang pujangga ulung Melayu,Tengku Amir Hamzah turut terkorban.

Tengku Mahkota Sultan masih hilang sehingga kini,dan yang lebih perit lagi,puteri-puteri Sultan dirogol oleh pemberontak di hadapan mata baginda Sultan sendiri!

Kesultanan Langkat merupakan mangsa keadaan paling teruk sepanjang berlakunya Revolusi Sosial itu.Banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Namun,apa yang menariknya selepas kejadian tersebut,kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’. Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu.

Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia. SUMBER

19 comments:

Ceton-man said...

dah agak dah melayu asal dulu sana. nomad tu peredaran zaman punya persepsi.

Anonymous said...

pendatang dari jawa yang di bawa masuk untuk berkerja di ladang-ladang milik sultan dan penjajah turut memainkan peranan dalam pemunuhan sultan-sultan melayu sumatera.

KZSO said...

Dahulu ada satu daerah besar yang dinamakan Nusantara Melayu-Islam sehinggalah dipecah-perintah oleh belanda-feringgi-inggeris-Siam sehingga ujudnya negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai, Singapura dan Papua. Dahulu sebelum banjir besar, Nusantara adalah satu tanah besar malah pernah dikatakan Tanah Melayu dan Sumatra hanya dipisahkan oleh sebuah sungai yang besar...

Anonymous said...

Mereka termakan fitnah dan hasutan musuh, termasuk kominis yg berhasrat melupuskan sistem beraja. Iktibarnya, berhati-hatu dgn kata2 lunak org yg tiba2 menjadi kawan kerana pasti ada agenda disebalik kelunakan bahasa mereka.

Anonymous said...

20000 pki terdiri dari kaum muda wahabi

Anonymous said...

melayu cakap aje lebih...diajak bertempur lari lintang pukang

Anonymous said...

sejarah melayu memang gemilang, kisah melayu terlalu banyak simpang, bangsa melayu dikatakan penyayang tapi malang selalu dipandang enteng, suku melayu ada di tanah rata dan digunung, jauh merantau akhirnya kehalaman jua akan pulang,

yang semakin jauh itu sejarah, kita hanya mampu berbangga dengan sejarah , melayu kini sudah jauh tercemar dan tawar, semanggat..hati, jiwa, perasaan sebagai melayu kian hambar,
melayu tak pernah kering dari sifat hasad dengki , cemburu, tikam belakang, itulah antara punca sejarah hitam segala sejarah melayu,

melayu bila bercakap paling menang, tapi realitinya ?
wahai melayu, belajarlah untuk menoleh kebelakang, lihat sejarah bangsamu, lihat maruah bangsamu, dimana dan kemana arahnya kini?
bersatulah, kekalkan kekuasaan melayu, bersatulah ...bantulah bangsa melayumu, bersatulah demi nusamu,

ahmad azuan said...

Anonymous punai kecik..banyak bunyik..

Anonymous said...

Yg lintang pukang tu atokmu

aleesyamiasarah ismail said...

melayu kita masih dijajah hingga kini bagi menggagalkan kebangkitan Islam dari asia tenggara pada akhir zaman ini.

aleesyamiasarah ismail said...

sarang lebah jangan dijolok

Anonymous said...

Bodoh lue ....PKI komunis koq wahabi....PKI atau komunis soviet itu adalah penyolong syiah yahudi iran dan basyar al asad syria sampe sekarang

Rachman, Wan Latif said...

Indonesia kenapa tak guna bahasa Jawa aje...

tengku rita said...

Its true....kerabat jadi papa kedana...semua harta dirampas....terpisah dgn keluarga...bahkan ramai yg hilang tanpa jejak..

iedan said...

tgok telor bawah tu ada ke dak kalau paling brani pun guna Anonymous je pastu sembang berbuih je lebih lg hancing dr bangkai ..camtu nak ajak tempur ... pUiiih ...

Anonymous said...

Peristiwa ini telah berlaku kurang dari 100 Tahun yang lalu kepada kesultanan Melayu Islam oleh PKI di Sumatera. Tapi bukan kah perkara yang hampir sama dilakukan oleh kesultanan Melayu Sumatera ke atas Raja2 Hindu di Sumatera lebih dari 100 Tahun dulu. Ternyata, sejarah telah berulang!

Anonymous said...

krisis indonesia dgn malaysia didalangi bangsa jawa di indonesia. ini membuat bangsa melayu indonesia pun anti melayu malaya..yg paling gembira dgn perkembangan ini ialah kaum cina indonesia dan malaysia sebab melayu sdh berpecah...

Anonymous said...

Jika sudah berjaya, tentu ada yang iri-hati...
Jika ramai kawan, tentu ada musuh...
Untuk mengenal musuh, mari mengenal sejarah;-
1. Zaman Kerajaan melayu Kuno
- PANMALAYU ~ bermaksud serang melayu yang dilakukan oleh kerajaan Jawa Majapahit yang dipimpin oleh Pateh Gajah Mada. Kerajaan-kerajaan melayu yang diserang adalah Sriwijaya (Palembang), Melaka, Pagar-ruyung, Pasai, Brunei dll.
2. Pra-Kemerdekaan
- REVOLUSI SOSIAL ~ Membunuh Raja/Sultan Melayu Di Sumatera dan Kalimantan atas arahan Soekarno yang berbangsa Jawa.
- GANGANG MALAYSIA - menghalang pembentukan kerajaan Melayu moden iaitu Malaysia.
3. Sumpah Pallapa ~ ialah akujanji orang Jawa untuk berusaha menguasai keseluruhan kepulauan Melayu / Tanah Melayu.

Sehingga kini, Gangang Malaysia masih disebut-sebut oleh Indonesia. Indonesia masih teringin menjandikan malaysia sebagai wilayahnya. Kerajaan Majapahit dan Soekarno adalah idola Indonesia. Note* Indonesia kini dikuasai oleh orang Jawa.

BREEZ said...

Kepimpinan yg lemah sultan juga diambil kira. Kalu org xbenci xjafi sampai macam tu