PAS Tanding 11 Kerusi PRN Sarawak, Sedia Lawan 3 Penjuru Dengan BN, PKR Dan DAP...


PAS mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) akan datang.

Sebelas kerusi berkenaan ialah Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bertanding untuk menyuburkan amalan demokrasi di Sarawak dengan memberi pilihan kepada rakyat negeri ini calon yang diyakini boleh mewakili mereka ke DUN.

PAS sebelum ini menyatakan kesediaan bertanding tiga penjuru termasuk menentang DAP atau PKR selain Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini selepas parti itu keluar daripada pakataan rakyat. SUMBER

Comments

Anonymous said…
Pas hanye nak tanding bukan nak menang..kepercayaan baru pas
Anonymous said…
Demokrasi islam ala pas

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID