Breaking News
Loading...
March 23, 2016

Info Post
Pemuda Umno Selangor menegaskan sayap-sayap Umno di Selangor bukan tidak menjalankan tugas mereka membantu Umno dan BN bagi merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Harapan.

Malah Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal mendakwa beliau dan ahli-ahlinya terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri demi memastikan program-program dapat dijalankan dalam usaha memikat pengundi terutamanya dari kalangan orang muda.

“Nak suruh kita bekerja, tapi minyak tidak berisi, bagaimana nak bergerak? Ini masalah Pemuda Selangor hadapi. Orang tak tahu...sampai ada yang berhutang. Kita tidak ada peruntukan seperti ketua bahagian tapi kita sanggup keluarkan duit poket sendiri buat program.

“Himpunan merah itu, kita keluarkan baju, dapat (duit) dari mana? Ketua Pemuda keluar duit sendiri, beri kepada pemuda-pemuda yang semangat nak pergi. Ada orang tanya tak, Pemuda Selangor dapat peruntukan dari mana?

“Kita memang nak membantu. Asas penubuhan Pemuda pun untuk membantu cawangan dan bahagian tapi dalam masa sama, yang atas (Umno pusat) pun kenalah bantu yang di bawah. Tidaklah boleh harapkan Pemuda sahaja. Kita (Pemuda) tiada peruntukan. Jadi, mereka kena bantu kitalah,” katanya kepada Sinar Online.

Komen aku: ye la aku setuju, kalau bajet tak ada nak buat kerja macam mana ye tak? asyik dok harap duit poket sendiri, gunung tahan kalau di kais hari-hari pon boleh gondol beb...

Nak harapkan duit poket ketua pemuda bahagian-bahagian, depa ni bukan kaya raya, kesian la kat depa, bantu la apa yang patut...

Sepatutnya peruntukan yang umno pusat beri pada ketua-ketua bahagian tu di beri sama rata kepada sayap-sayap, kemudian umumkan berapa peruntukan yang telah di beri, kalau ada ketua-ketua pemuda yang nak seleweng duit tu pi beli vellfire ke, kawen baru ke itu dia punya pasal, peruntukan pusat tak sepatutnya di monopoli oleh ketua bahagian sahaja...

2 comments:

Anonymous said...

Patutlah Umno melingkup..pemimpinnya bertuhankan duit. "No money no work". Tujuan mereka masuk Umno semata mata untuk mengaut laba yg ada. Jangan jadi pemimpin jika tak sanggup berkorban harta Dan juga tenaga. Anda bukannya dipaksa untuk jadi pemimpin tetapi anda yg terhegeh hegeh mintak dilantik . Demi survival Umno pemimpin2 seperti ini lebih baik berambus Dari parti.

kluangman said...

berebut dedak...sekapal pun tak cukup.