Breaking News
Loading...
March 14, 2016

Info Post
Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, sejumlah besar rakyat Malaysia melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah, menjadi ukuran bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 yang lalu menguntungkan rakyat.

Wakil rakyat Bagan Serai (BN) Noor Azmi berkata demikian menepis dakwaan pembangkang kononnya rakyat menderita selepas perlaksanaan GST.

"Kata rakyat susah dan menderita, tetapi saya tengok lebuh raya sesak setiap hari. Di lapangan terbang, bukan KLIA sahaja malah lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 umat Islam pergi umrah. Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia. 

"Sebenarnya pakatan pembangkang mengatakan bahawa GST ini mendera rakyat adalah bohong dan karut. Dakwaan itu hanyalah persepsi semata-mata," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan rakyat, namun pembangkang memutar belitkan dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat Malaysia menderita. - SUMBER

5 comments:

Anonymous said...

Yg pasti harga naik kerana gst tapi kerana peniaga naik harga sesuka hati. Rakyat di kedah menderita kerana harha getah jatuh. Yb kena la prihatin. Rakyat dibandar menderita kerana banyak kos sara hidup tinggi. Jangan buat analisis mudah yb. Malu nampak kurang cerdik. Cuba la tengok rakyat b40. Kalau tak faham berhenti jadi yb.

Anonymous said...

Rakyat menderita mungkin  kerana pemaju perumahan tidak bertimbangrasa, peniaga tidak bertimbang rasa, tertanya2 knp harga barang tak turun bila harga minyak turun... barang2 tiada kawalan harga ...naik sesuka hati melebihi 6% gst...rakyat diperdaya... ini salah kerajaan lagi. siapakah yg monopoli permaju dan peniaga? Sekarang mereka naikkan harga brg mereka yg xde gst. ..harga ikan naik sayur naik. Nk beli terus kat nelayan pon da xdpt. Peniaga borong terus.

Anonymous said...

Rakyat Malaysia semuanya senang2 belaka hanya kerana umno memerintah selama ni. Undilah umno sampai akhir hayat.....yg komen ka sini pun kerana umno menyediakan kemudahan itu.

Anonymous said...

Rakyat menderita?????
Karottt....
Rakyat boros ade le....

Anonymous said...

Ada lg rakyat malaysia yg brranggapan harga barang akn turun ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚