Tiada Ajaran Syiah Dan Wahabi Di Selangor - DYMM Sultan Selangor

Dymm sultan selangor telah menitahkan azmin ali, selaku wakil kerajaan negeri selangor membuat satu perjanjian dengan al-madinah international university untuk tidak mengajar ajaran syiah dan fahaman wahabi di universiti itu...

Sekiranya pihak al-madinah melanggar perjanjian itu, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen, tanah dan tidak membenarkan universiti itu meneruskan operasi mereka...

Daulat Tuanku... 


Comments

Anonymous said…
Begitu mudah melabel mereka yg tak sependapat sebagai wahabi...inilah antara punca2 perpecahan umat Islam.
Anonymous said…
Saatnya kau jadi wahabi, berkatalah hati ;

1.Aduhai sesatnya org sekelilingku, bnyknya bid'ah yg kalian lakukan.
2.Aduhai mengapa kalian buat apa yg Nabi tak buat, mengapa kalian tidak seperti aku, buat hanya yg Nabi buat. Mengapa kalian lakukan amalan yg tiada sumbernya ?
3.Aduhai jahilnya kalian, sukar sangatkah nak memahami Quran dan Hadis ? Mengapa tidak kalian ambil agama dari sumber asalnya sahaja ? Mengapa nak dicampur-adukkan Quran dan Hadis dgn pendapat pendapat manusia yg tidak maksum ? Bukankah agama itu telah sempurna ?

Saatnya kau jadi wahabi ;

1.Terbayang seolah olahnya tuhan yg punya wajah, punya tangan.
2.Terbayang seolah olahnya tuhan yg duduk di atas singgahsana dan tahta kebesarannya, dikelilingi para malaikatnya.
3.Terbayang seolah olahnya tuhan datang dr tempat yg tinggi di atas langit turun menghampiri makhluk makhluknya.

Aduhai, mengapalah kalian tak jadi wahabi ?
Kan mudah jadi wahabi ?
Baca Quran, baca Hadis, tafsirannya ikut fahaman sendiri sendiri.
Belajar agama tak perlu berguru, internet kan ada. Buku buku pun bnyk.
Anonymous said…
Berhati2 melabel orang lain... jika kita solat dengan khusyuk sempurna dan menghayati surah al fatihah yg kita baca dlm solat...inshaAllah kita mendapat petunjukNya. Lebih elok perbaiki kelemahan diri dan berpesan2 dengan baik bukan dgn  melabel dan menghukum..

Al-'Aĥzāb:58 - Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

********

Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk pada hamba2Nya... yg memohon petunjukNya (spt yg kita mohon dgn khusyuk dlm surah al Fatihah)

Ar-Rūm:31 - Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -

Ar-Rūm:32 - Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu).

*******

Seeloknya ambil pendekatan menegur dgn sabar dan kasihsayang...bkn melabel

Al-Balad:17 - Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

Al-`Aşr:3 - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

********

Dan Allah lebih berhak mengadili mereka ....

Al-'An`ām:104 - (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".

Al-'An`ām:105 - Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (dengan berbagai cara, untuk menimbulkan keingkaran mereka) dan supaya mereka (yang ingkar itu menuduhmu dengan) berkata: "Engkau telah mempelajarinya (dari orang-orang lain) ", dan supaya Kami menerangkan (Al-Quran) itu kepada orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Al-'An`ām:107 - Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).







Anonymous said…
Kerana itu jadilah kita....

"Org org yg mendgrkan perkataan perkataan, mk mrk mengikuti yg terbaik dr antaranya. Mrk itulah org org yg diberi petunjuk oleh Tuhan mrk, dan mrk itulah org org yg berakal."
39:18.

Mk jgnlah bermudah mudah menuduh sesat, syirik, bid'ah, golongan yg tak sependapat, tanpa mengkaji segala hujah hujah mrk, dan bersikap keras pula dgn pendapat kita sendiri.

Org yg sebenar benarnya selamat adalah golongan org org bertaqwa, dan adalah org org bertaqwa itu terpuji dan mulia akhlaknya.
Anonymous said…
Baca buku ttg perubatan, kita boleh menjadi seorg yg berpengethuan ttg perubatan, tp kita tidak menjadi seorg doktor perubatan kerananya.
Utk menjadi seorg doktor perubatan, perlulah melalui prosesnya yg bersistematik, belajar dr peringkat asanya, kemudiannya dididik dan dilatih oleh doktor doktor senior yg berpengalaman.
Pengetahuan sekerat sekerat dlm bidang perubatan boleh mendtgkan kemerbahayaan, terutamanya bila kita cuba melakukan sesuatu tanpa ilmu yg lengkap dan latihan yg betul.
Begitulah juga, apa bidang sekalipun.

Bidang agama lebih lebih lg, terutamanya ia melibatkan juga keselamatan di Akhirat.

Nabi saw sendiri, boleh sahaja Allah swt memberinya ilmu secara langsung, tp Allah swt melantik Jibril a.s. sbg perantara dan guru bg menunjuk ajar bacaan Al Quran yg betul dan cara beramal yg betul. Ini juga sbg pengajaran bg kita umatnya.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID