Walaupun Sudah 2 Tahun MH370 Hilang, Keluarga Mangsa Tetap Mahu Kerajaan Teruskan Pencarian...


Walaupun sudah dua tahun pesawat milik MAS MH370 hilang, namun keluarga penumpang pesawat malang tersebut mahu operasi mencari diteruskan.

Hasrat itu dinyatakan mereka ketika majlis mengenang kejadian itu hari ini sekaligus ingin mengetahui punca kehilangan supaya ia tidak berulang kembali.

Majlis Memorial MH370 dengan tema, ‘Dua Tahun Tragedi: Siasat semula, Menilai semula dan Mula semula’ itu dihadiri bukan sahaja waris malah orang ramai yang memperingati tragedi tersebut.

Menurut isteri kepada Patrick Francis Gomes, salah seorang penumpang pesawat itu, Jacquita Gomes berkata beliau dan keluarga amat merasai kehilangan dan masih belum berhenti berharap dengan berita mengenai pesawat tersebut.

“Kami akan terus berusaha untuk memastikan kebenaran dapat diketahui. Kami tidak akan berputus asa,” katanya dipetik The Star Online, hari ini.

Sementara itu, seorang waris mangsa Bai Chuan Fu, 48, berkata beliau hadir ke majlis mengenang kejadian ini kerana ingin memberitahu dunia supaya tidak melupakan MH370.

“Walaupun kita boleh mendapat pampasan, tetapi apa yang lebih penting ialah mencari kebenaran. Saya tidak mahu melepaskannya,” katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu disahkan berakhir di Lautan Hindi. SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID