BN Yakin Kuasai Dua Pertiga Majoriti - Adenan Satim...

Barisan Nasional yakin berupaya mengekalkan pemerintahannya di negeri ini menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 yang kian hampir selepas Ketua Menteri Adenan Satem mengumumkan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pada 11 April ini.

Adenan yang begitu popular di kalangan rakyat susulan lebih 50 prinsip dan tindakannya diperkenalkan sejak dua tahun mengambil alih jawatan Ketua Menteri berkata, fokus BN sekarang ialah berusaha untuk menang lebih besar.

“Menurut Adenan, persoalan sekarang bukan berkisar sangat tentang siapa (parti) akan membentuk kerajaan, tetapi berapa majoriti yang bakal kita perolehi,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia.

Keyakinan yang cukup tinggi BN untuk menguasai dua pertiga majoriti daripada 82 kerusi dipertandingkan.

PRN Ke-11 akan menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan berbanding sebelum ini, 71 kerusi menerusi PRN Ke-10 yang diadakan pada 16 April 2011.

Pertambahan 11 kerusi itu adalah susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri yang diluluskan pada tahun lepas.

Pada masa sekarang, BN menguasai 55 daripada 71 kerusi dalam DUN berbanding DAP 12 dan PKR tiga. Terdapat seorang wakil Bebas.

PRN kali ini menyaksikan Adenan mengetuai jentera BN buat kali pertama dan pada PRN ini, BN akan turut mempertaruhkan calon langsung BN bagi menyelesaikan pertikaian kerusi antara SUPP-UPP dan SPDP-TERAS di beberapa kerusi.

UPP dan TERAS merupakan parti mesra BN yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin daripada SUPP dan SPDP. Mereka bertindak keluar parti apabila gagal mencapai penyelesaian dengan parti asal.

Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan menampilkan calon langsung BN, namun akan memuktamadkan senarai calon BN sebelum hari penamaan calon.

Untuk PBB, Adenan berkata, sebahagian daripada 40 kerusi yang akan menampilkan calon mereka telah selesai, manakala calon PRS telah selesai untuk 11 kerusi.

“SPDP dan SUPP belum lagi, tapi kita akan dapat menyelesaikannya sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID