Info SPR Untuk Pilihanraya Negeri Sarawak 2016


Seperti yang kita semua sudah maklum, kerusi dewan undangan negeri sarawak telah bertambah, kalau dulu ada 71 kerusi setelah di buat persempadanan semula, menjadi 82 kerusi iaitu penambahan 11 kerusi dun baru di sarawak...

Disini ada sedikit info mengenai 11 nama-nama kerusi baru dan ia terletak di dalam kawasan parlimen mana...

1. N.13 Batu Kitang dalam Parlimen Stampin.
2. N.17 Stakan dalam Parlimen Samarahan
3. N.18 Serembu dalam Parlimen Puncak Borneo
4. N.23 Bukit Semuja dalam Parlimen Serian
5. N.26 Gedong dalam Parlimen Batang Sadong
6. N.40 Kabong dalam Parlimen Saratok
7. N.57 Tellian dalam Parlimen Mukah
8. N.63 Bukit Goram dalam Parlimen Kapit
9. N.66 Muram dalam Parlimen Hulu Rajang
10. N.70 Samalaju dalam Parlimen Bintulu
11. N.78 Mulu dalam Parlimen Baram

Manakala terdapat 4 dewan undangan negeri yang telah dipinda namanya iaitu,

1. N.19 Mambong nama dahulu Bengoh
2. N.34 Batang Ai nama dahulu Batang Air
3. N.41 Kuala Rajang nama dahulu Belawai
4. N.68 Tanjong Batu nama dahulu Kidurong

Jadi kepada mereka yang akan mengikuti perkembangan pilihanraya negeri sarawak yang akan datang jangan pulak keliru dengan nama-nama dan kawasan pilihanraya baru dun sarawak nanti...

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID