Lelaki Cina Ini Pernah Di Ugut Bunuh Kerana Bantu Orang Melayu...

Dilahirkan di Kuantan dan dibesarkan di Mentakab dengan persekitaran yang mempunyai pelbagai latar belakang masyarakat membuatkan dia jatuh cinta pada perpaduan dan keamanan.

Suka melihat perpaduan masyarakat dahulu apabila orang Melayu boleh hidup berjiran dengan masyarakat Cina dan India di kampung dan ada di kalangan mereka yang boleh bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan antara satu sama lain.

Sifat cintakan perpaduan dan keamanan itu masih kuat tertanam dalam dirinya dan sentiasa menganggap manusia adalah sama, warna darah sama tidak ada bezanya antara kaum kerana semuanya sama.

Chong Choon Hau, 30, seorang pemuda yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kelibatnya boleh dilihat dalam hampir semua majlis sama ada anjuran kaum Cina, Melayu atau India.
Dia mempunyai beberapa pasang baju Melayu dan pakaian tradisional India untuk memudahkan dia menyertai mana-mana majlis anjuran kedua-dua kaum itu.

“Kalau Ramadan, saya ikut kawan Islam pergi program kembara Ramadan, bangun sahur dan berpuasa sama-sama dan berbuka puasa di surau,” katanya.

Choon Hau seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yeow Cheng Luan juga mengajar Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Sejarah, Matematik dan Bahasa Cina di sekolah yang mempunyai peratusan pelajar dari pelbagai kaum yang hampir sama peratusannya.

Anak kedua daripada tiga beradik ini mempunyai sifat ingin berkawan dengan ramai orang dan suka membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

5,000 kenalan di Facebook

Dia mempunyai 5,000 kenalan di Facebook dan 10,000 permintaan menjadi rakan di laman sosial itu kerana sikap mudah mesra dan suka menolong ditonjolkannya.

“Saya juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, Tamil dan Inggeris, tetapi tidak pernah menjadikan bahasa sebagai halangan untuk membantu orang ramai.

“Saya rasa raih keuntungan apabila berjaya selesaikan masalah orang ramai, kerana saya suka menolong mereka, bila mereka senang itulah keuntungan bagi saya,” katanya.

Choon Hau berkata, dia menolong dalam hampir semua keadaan dan hampir kepada semua kaum seperti membantu warga emas mendapatkan BR1M, borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan membantu dalam pelbagai keperluan hidup yang lain.

Ramai anggap derhaka pada bangsa sendiri

Disebabkan itu, ada segelintir masyarakat Cina yang tidak mengenali dirinya menganggap dia derhaka kepada bangsa sendiri sedangkan apa yang dilakukan itu tidak memerlukan sebarang jawatan bagi dirinya.

“Mereka marah saya tolong orang Melayu dapatkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mereka anggap kerajaan dah banyak sangat bantu orang Melayu dan saya pula bantu lagi orang Melayu.

“Sebenarnya bukan itu cara saya, saya bantu semua orang sebab saya suka melihat mereka senang, saya cintakan perpaduan dan keamanan, sekarang tak macam dahulu.

“Sekarang kalau isu babitkan kaum sangat sensitif sedangkan kita satu bangsa Malaysia,” katanya.

Choon Hau berkata, dalam memperjuangkan perpaduan dan keamanan kaum sejak lapan tahun dahulu, dia pernah diugut bunuh.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku rentetan beberapa isu perkauman dimainkan pihak tertentu sehingga menyebabkan orang Melayu menganjurkan perhimpunan merah.

“Saya sertai perhimpunan di Kuala Lumpur bersama orang Melayu hanya untuk kekal keamanan dan tidak membelakangi kaum saya apatah lagi memihak kepada Melayu," katanya. SUMBER

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID