Breaking News
Loading...
April 29, 2016

Info Post
Seorang lelaki berketurunan Sikh yang memeluk Islam ketika ceramah pendakwah Islam terkemuka, Dr Zakir Naik di Stadium Bukit Jalil pada 14 April lalu, mendedahkan beliau kini diboikot dan dibuang kerja kerana tindakannya itu.

Harinder Pal Singh, 23, kelahiran India, dilaporkan hilang pekerjaan sebagai kakitangan swasta selepas kontraknya tidak lagi disambungkan oleh pihak syarikat.

Malah, beliau juga telah dihalau oleh rakan serumah yang bimbang penghijrahannya kepada Islam itu akan mempengaruhi rakan-rakan lain.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Harinder yang kini tinggal bersama keluarga angkatnya berkata, beliau tidak mahu mengharapkan simpati namun memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Sebelum ini, Harinder secara rela hati memeluk Islam selepas mendengar penjelasan Dr Zakir Naik membuktikan wujud persamaan antara al-Quran dan kitab agama yang diikutinya sebelum ini, bahawa Allah hanya satu dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya.

“Sekarang saya jelas bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,” katanya pada ceramah Zakir Naik, baru-baru ini.

Selain beliau, lima lagi individu yang telah memeluk Islam pada ceramah Dr Zakir Naik di Malaysia antaranya Wu Nina Grace, Joel, Michelle, Euroshia dan Senkiram Dharma. SUMBER

4 comments:

Anonymous said...

Sesiapa yg ada kuasa tolong la ofer kerja utk muslim ini...tunjukkan semangat keislaman dan pembelaan kepada beliau

Anonymous said...

InsyaAllah...apapun dia kena bersabar, selepas ni mungkin ramai membantu. Perkara seperti ini biasa berlaku di Malaysia. Betapa besar rezeki muallaf berbanding yg lain.

Anonymous said...

Tubuh tabong Bantu Singh
Bagi Act bank Kita ramai2
Tolong Saudara Baru Kita
Tunjok semangat sama2 Islam

Zuhaimy Ismail said...

Pls syarikat umat islam lain beryindak