Breaking News
Loading...
April 6, 2016

Info Post
Sepanjang setahun yang lepas, golongan miskin yang sepatutnya tidak dikenakan cukai terpaksa juga membayar cukai GST di samping menampung kesan peningkatan harga barangan kerana kesan GST. Penurunan cukai pendapatan yang diumumkan kerajaan PM tidak dapat membantu golongan ini.

Dahulu, kerajaan PM berkata subsidi kepada rakyat adalah punca kewangan negara semakin terbeban. Setiap subsidi yang diberikan dicabut satu-persatu bermula dengan subsidi minyak. Ketika itu GST belum dilaksanakan.

Selepas GST dilaksanakan, bukan sahaja subsidi untuk rakyat tidak ditambah malah rakyat menyaksikan hampir kesemua subsidi yang pernah dinikmati rakyat seperti beras ST15, bil elektrik dan minyak masak turut dihapuskan.

GST yang memberikan wang tambahan kepada kerajaan juga tidak membantu rakyat mengurangkan kos pengangkutan awam. Kadar tol dinaikkan secara mendadak bersama kos tambang LRT, KTM, ERL, monorail, bas ekspres dan teksi. Bagi yang tidak menggunakan pengangkutan awam, mereka juga terpaksa menanggung beban yang lebih kerana GST dikenakan terhadap pembaharuan perkhidmatan Motor Takaful/Insurans.

Jadi, untuk apakah rakyat membayar GST? Makin banyak yang dibayar rakyat, makin banyak nikmat rakyat ditarik balik.

Kesan GST kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana semakin ketara. Lihatlah kadar inflasi negara yang kini mencapai 4%, kadar tertinggi bagi 7 tahun lepas.

Namun, apabila rakyat mengadu mengenai peningkatan kos sara hidup, PM pula menyalahkan kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah sebagai punca majoriti rakyat Malaysia mengalami tekanan hidup.

Mudahnya jawapan PM tanpa menyentuh GST. Seolah-olah GST dan inflasi tiada kena-mengena dengan kos sara hidup yang terus meningkat saban hari.

Kalau betul PM sedar pendidikan rakyat sebegitu penting, mengapakah PM sanggup memotong peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi sebanyak RM2.4 bilion di Bajet 2016 manakala peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri ditingkatkan untuk 2016 (dari RM19 bilion pada tahun 2015 kepada RM20.3 bilion untuk 2016)? Bukan itu sahaja, baru-baru ini JPM meminta lagi tambahan sebanyak RM50 juta di parlimen baru-baru ini.

Lihatlah juga bagaimana kerajaan PM sewenang-wenangnya membatalkan 744 biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara demi penjimatan RM240 juta.

Bandingkanlah juga penjimatan RM240 juta dengan penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan yang didedahkan baru-baru ini. Bandingkanlah juga penjimatan RM240 juta ini dengan tindakan kerajaan PM meminta tambahan bajet sebanyak RM3.3 bilion di parlimen baru-baru ini meskipun 2016 masih muda di bulan ketiga.

Berlatar-belakangkan ini, persoalan perlu ditanya dan dijawab - wajarkah rakyat terus berkorban untuk kerajaan PM melalui GST sedangkan tiada langkah drastik untuk menghentikan rasuah, ketirisan dan kebocoran yang semakin berleluasa sehingga tidak dapat dihidu Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian seperti yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan?

Penyelewengan sedemikian tidaklah menghairankan kerana laporan tahunan audit negara sudahpun memberikan rakyat bayangan yang sama selama ini. Cuma ia tidak diambil serius oleh kerajaan PM.

Cuma rakyat boleh terbayang betapa dahsyatnya kalau RM100 juta dapat diseleweng di Kementerian Belia dan Sukan tanpa dihidu, bagaimana pula keadaannya di Kementerian Dalam Negeri, Pertahanan dan juga Jabatan Perdana Menteri yang masih belum dapat dihidu dan dibongkar sehingga kini?

Di 2016, kerajaan mensasarkan RM39 bilion daripada poket rakyat yang disedut menggunakan GST. Sedihnya, sudah nyata pengorbanan rakyat untuk GST bukanlah untuk dinikmati rakyat. Duit yang dikorbankan rakyat hanya untuk dinikmati mereka yang berada di dalam kerajaan PM. GST sudah cukup sebagai alasan mengapa kerajaan PM ini wajib ditumbangkan di PRU14.

Tuan Ibrahim Tuan Man 
Timbalan Presiden PAS 

6 comments:

Anonymous said...

Lebai bodoh banggang yang tak tahu bersyukor. Berpolitik berpanjangan. Musuh Islam yang terang dan nyata boleh berpeluk tetapi sesama pemimpin Islam nak dijatuhkan.

Patutlah orang kapir menganggap orang Islam bodoh2 belaka.

Lebai bodoh banggang macam ni lah yang bawak sial kepada umat!

Anonymous said...

Tuan Man ni boleh cakap, kerja tak cekap. Semua main serkap.

Anonymous said...

Tuan Ibrahim ni tak pandai....tak guna.

Anonymous said...

Yg pandai hanya najib.. bergunalahhh sangattt!!!..

Anonymous said...

seorang yg berkopiah itu sangat besar tjawabnya terhadap imej agama.Hukum berkopiah itu sunat, hukum menfitnah sesuatu yg tidak pasti adalah HARAM..dimana ilmu kitab agama yg dipelajari selama ini..atau ustz kita ni belajar berpolitik cuma berkopiah aje yaaa...cuba tanggalkan kopiah sekejap..apa persepsi kita trhadap ustaz man...kata2nya sama aje dgn yg x berkopiah..teringat kat pakaian ahli syiah ttp hatinya penuh busuk trhadap ahlu sunah...harap sama2 tegakkan islam.

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden untuk parti yang diwar-warkan mewakili Islam seharusnya mempamirkan sikap yang bolih diambil contoh dan teladan. Kalau setakat mencari-cari kesalahan orang lain beliau sebenarnya langsung tidak mempamirkan peribadi jati diri pemimpin bagi orang Islam. Tidak ada manusia yang sempurna malahan Rasulullah sendiri pernah membebaskan tanpa syarat keatas seorang tawanan perang dari pihak musuh Islam yang paling banyak membunuh tentera Islam.

Tindakan Baginda Rasulullah SAW ternyata sangat bijak sebab sesudah itu tawanan itu telah bertukar menjadi seorang Muslim yang tersangat baik peribadinya. Sekiranya pendirian Tuan Ibrahim Tuan Man masih tidak berubah eloklah kita bertanya apa kah matlamat sebenar yang beliau mahukan? Ternyata ceramah nya itu mengajak supaya orang Islam didalam PAS sentiasa bermusuh dgn orang Islam UMNO. Tidakkah beliau sedar bahawa hasrat songsang beliau itu berlawanan dengan amaran tegas yang tertulis didalam Al Quran dan Hadith Nabi yang jelas menyatakan bahwa perbuatan memutuskan silaturahhim bolih menjadikan haram syurga buat orang yang melakukannya.