Breaking News
Loading...
April 1, 2016

Info Post




Masih relevankah untuk meneruskan program latihan khidmat negara (plkn)... 


Sampai sekarang, aku masih tak faham apa konsep plkn ini sebenarnya...

Adakah program ini nak membentuk disiplin dan jati diri anak muda...?

Atau ianya satu program suka-suka untuk create kerja, kontrak dan bagi tander untuk beberapa kerat ahli perniagaan...

Tak tahu apa sebenarnya program ini, dulu ada latihan menembak menggunakan m16, kemudian latihan menembak itu di batalkan, adalah sedikit latihan lasak, seperti merangkak bawah kawat duri, flying fox, kemudian ada pulak acara kawat kaki ala-ala tentera, pas tu program mengecat rumah orang, lepas tu, masuk kelas komputer pulak, ntah apa-apa la lagi...

Pada aku, ini adalah program suka-suka seperti summer camp...

Kita di malaysia panggil khidmat negara, di singapura dipanggil national servis, (korang boleh klik link ini kalau nak tengok macam mana anak-anak singapore yang muke jambu-jambu training jadi askar) tetapi kalau kita tengok cara bagaimana negara seberang tambak buat program khidmat negara depa, cukup tough, aku rasa kalau adik-adik plkn join khidmat negara singapura mau melolong nak balik kot...

Pada aku la, kalau nak bentuk jati diri kenapa kerajaan tak kerahkan anak muda yang berusia 18 tahun keatas, menyertai askar wataniah, pasukan simpanan sukarela tldm (psstldm) pasukan simpanan tentera udara (pstudm) atau sukarelawan simpanan polis (sspdrm).

Kalau anak-anak ini joint pasukan simpanan atau sukarelawan yang macam aku sebutkan di atas tadi, jangan kata dapat kuatkan jati diri malah mental dan fizikal mereka juga kuat, di samping itu, banyak pengalaman yang dapat mereka belajar sewaktu tempoh latihan dijalankan...

Sekurang-kurangnya tenaga pengajar mereka adalah pegawai dan anggota yang masih lagi berkhidmat, bukan pegawai atau anggota yang telah besara 10-20 tahun lepas, yang mana kalau orang besara ni, dia mengajar bedasarkan pengalaman dia yang dah lepas, tapi kalau pegawai yang masih berkhidmat, dia mengajar menggunakan pengalaman dia yang masih lagi fresh..

Bukanlah nak memperlekehkan pesara, pengalaman mereka juga turut ditagih, tapi kita mahukan sesuatu yang baru, fresh dan mengikut peredaran masa...

Disamping itu, kalau anak-anak ini sertai pasukan simpanan tentera atau polis, tak lah kerajaan pening kepala sangat nak cari volunteer kalau ada musibah seperti banjir, tanah runtuh atau apa-apa aje la musibah, anak-anak ini sudah boleh di kerah untuk membantu, rasa sedikit confident kerana latihan lasak yang mereka terima disamping disiplin yang tinggi, aku yakin mereka kalau tak setaraf dengan anggota regular pun, beban tugas yang di berikan mereka akan laksanakan dengan baik...

Daripada habis berjuta-juta ringgit setahun untuk program summer camp tu, elok juga duit itu di peruntukan kepada atm untuk melatih anak-anak ini, tidak perlu didirikan kem-kem latihan baru yang pembinaannya mencecah jutaan ringgit juga itu belum di campur dengan kos penyelengaraan, transportasi juga tak perlu sewa bas-bas yang berhawa dingin, cukup sekadar anak-anak ini di angkut kehulu-kehilir menggunakan lori tentera, soal makan, apa yang anggota regular makan, korang makan la, alah tak mati pon kalau tak makan chicken chop 3 bulan...

Mungkin akan ada yang kata, buat apa anak-anak ini diberi latihan ala-ala tentera, kita bukan nak perang pon, betul kita bukan nak perang, hatta negara thailand dan singapura tu pon bukan nak berperang, tiap-tiap tahun mereka select anak muda mereka menyertai latihan khidmat negara, untuk apa? untuk mantapkan jati diri anak muda mereka, mereka nak anak muda mereka tahan lasak, berpengetahuan luas, berdisiplin dan paham bagai mana nak menangani ancaman sekiranya (baca: sekiranya) negara terlibat dalam peperangan, so kerajaan tak payah pening kepala mana nak cari tentera backup sekiranya perang terjadi.

Malah utusan malaysia pernah melaporkan pada tahun 2011, malaysia memerlukan 43 ribu askar wataniah bagi memantapkan barisan pertahanan kedua, adakah sasaran pada tahun 2011 itu berjaya di capai? kalau belum, nahh... tak perlu di buat latihan khidmat negara ini lagi, serapkan saja anak-anak itu kedalam wataniah, habis cerita, lagi pon latihan wataniah tak la teruk sangat macam latihan asas komando, kak long (anak tpm) boleh lepas ujian tu, takan la budak-budak ini tak boleh... 

Sekadar beri pandangan...

3 comments:

Anonymous said...

Dana, staff dan resources PLKN tu, ada baiknya salurkan ke pusat pusat latihan teknikal dan keusahawanan.

Anonymous said...

Great idea tapi yg nak cekau kontrak in great depression nanti..boleh gila dia orang.

Anonymous said...

Banyak program kerejaan memang tujuannya baik. Rasanya cadangan, biasanya dari pegawai kereejaan atau orang yg berjiwa besar.

Malangnye...

Klau umnu dan kuncunye yg uruskan.... mana nak jadi baik akhirnye?