Breaking News
Loading...
April 7, 2016

Info Post

Peguam, Siti Zabedah Kasim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) susulan serbuan yang dilakukan ketika acara mengumpul dana bagi komuniti transgender.

“Kami sedang mengumpul peguam untuk merangka pelan tindakan seterusnya.

“Kami akan menyaman bukan sahaja Jawi, tetapi mana-mana pihak terlibat dalam insiden itu,” katanya kepada The Star Online pada Selasa.

Dilaporkan kira-kira 10 pegawai Jawi hadir pada majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad pada pukul 10 malam.

Siti Zabedah yang menerima anugerah The Star’s Golden Hears tahun lalu berkata, pegawai terlibat telah menghalang semua laluan dan menjadikan mereka umpama banduan.

Beliau turut menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Penganjur majlis berkenaan yang dikenali sebagai Ira ditahan Jawi dan dibebaskan pada hari berikutnya.

“Ada beberapa isu yang perlu diketengahkan termasuk prosedur penahanan dan menyerbu ruang majlis yang tidak dipatuhi pihak berkuasa agama itu,” katanya.

Menurut Siti Zabedah lagi, pegawai Jawi memberitahu bahawa Ira akan didakwa pada 5 Mei ini kerana mengingkari arahan pihak berkuasa agama dan menggalakkan maksiat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan 1997.

4 comments:

Anonymous said...

Is Siti Zabedah really Rafizi Ramli in a wig?

Anonymous said...

kasi sue itu jawi, sedap2 dia jer nak masuk rumah orang tanpa diundang......kalau org masuk rumah dia buat kacau, dia boleh terima ker??

Anonymous said...

Kau pondan ekk?

Anonymous said...

rasa2 ko tak kisah pondan serbu rumah ko, pasal dia org tak berkenan tgk kain pelikat, betul tak??