Breaking News
Loading...
April 11, 2016

Info Post
Zakir Naik adalah tokoh Maal Hijrah tahun 2013


Kalau sesiapa yang pernah tengok youtube channel "peace tv" kat situ berlambak video-video ceramah ustaz zakir naik...

Video dia berceramah mengenai perbandingan di antara Islam, hindu dan kristian mendapat sambutan yang cukup menggalakan, bukan hanya orang Islam yang datang, tapi berbonong-bondong juga orang bukan islam datang mendengar dan menanyakan soalan...

Dia berceramah pasal perbandingan agama tu bukan di negara Islam, sebaliknya pergi ke negara-negara bukan islam sepeti di negara india yang mana agama hindu lah yang dianuti oleh majoriti penduduk di sana...

Rilek je dia berdebat dengan tok-tok sami dan para paderi kristian, tak pernah pulak terdengar cerita pihak berkuasa india halang dia berceramah...

Tetapi bila tokoh maal hijrah 2013 ini nak berceramah di malaysia, banyak pulak cengkadak nya, ada yang kata tajuk ceramah dia tu berbau provokasi la, ceramah tu tiada faedah la, itu la ini la, apa masaalah orang Islam kat malaysia nie ekk...?

Alasan standart orang-orang politik dan penguatkuasa adalah "kita nak jaga sensitiviti kaum dan agama" adehh pecah perot aku gelak, sensitiviti agama amende? dulu kalimah ALLAH dah jadi macam pelacur turun naik mahkamah, siapa punya angkara? 

Ntah la, mungkin macam nie la kot kalau suatu masa nanti malaysia di perintah oleh DAP, habis semua ceramah agama dan forum di halang....

IGP suruh rakyat malaysia warm up dulu, kalau nanti dap perintah, tak la kita terkejut beruk sangat...

4 comments:

Anonymous said...

Dia ceramah majlis tertutup kat UTEM tu kan ke utk umat Islam lbh paham Islam.
Yg bukan Islam kalau tak suka jgnlah dengar, so tak kena mengena pun. Kenapa pulak bantahan org yg bukan Islam ni dilayan ? Kan ke dosa besar sekat dakwah Islam ? Tuan tuan mufti, dan tuan tuan penasihat agama tak bg nasihat ke kat K'jaan ?

Anonymous said...

Sensitif x bertenpat..
Kalau itu ialah hakiki..
Kenapa ia perlu jadi sensitif..
Islam agama rasmi..itu ialah hakiki..
Jadi, sensitif..apanya..?!

Anonymous said...

Semua yg menghalang kenasukkan ustz zakir naik merupakan ciri ciri barua yahudi pluralist yahudi rothchild yang nak hancurkan islam di malaysia....awasi golongan ini...

Anonymous said...

Video alvin tan... dap tak kecoh pulak? Inilah musuh2 islam.