Mualaf Di Layan Seperti Peminta Sedekah Bila Meminta Bantuan Zakat...

Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah kecewa layanan yang diberikan kepada mualaf di negara ini, bukan saja ketika memohon bantuan zakat, malah dalam memimpin sesebuah jabatan kerajaan juga tidak diberi peluang.

Beliau turut berasa sedih apabila sesebuah pertubuhan Islam hanya dianggotai oleh bangsa Melayu, seolah-olah di negara ini tiada umat Islam daripada kaum Cina, India atau Bumiputera lain.

“Saya adalah antara tumpuan para mualaf mencurahkan perasaan mereka. Berapa ramai yang begitu kecewa apabila mereka dilayan seperti peminta sedekah apabila memohon bantuan zakat.

“Apakah duit zakat itu kepunyaan bapak kita? Apabila memungut zakat penuh dengan senyuman. Tetapi apabila ada asnaf datang meminta bantuan, seolah-olah mereka peminta sedekah,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, banyak pertubuhan dan agensi agama Islam dipimpin oleh orang Melayu yang mempunyai pangkat dan kaya, termasuk Tan Sri, Puan Sri, Datuk dan Datin.

“Jangan haraplah ada mualaf yang akan dilantik ke jawatan tinggi di institusi Islam yang lain seperti jabatan agama, majlis agama, Jakim, Yadim dan sebagainya. Usah diimpikan untuk menjadi KSN, KSU, naib canselor dan sebagainya.

“Lebih kelakar lagi, pos pengarah jabatan agama, khas untuk PTD, sedangkan membaca selawat dan doa pun tidak lepas. Mualaf hanya ditempatkan di bahagian mualaf. Menitis air mata menaip artikel ini,” katanya.

Ustaz Ridhuan Tee berkata, sepatutnya kita belajar daripada kaum Cina dalam soal ekonomi, kesatuan bangsa mereka mempertahankan bahasa jiwa bangsa dan banyak lagi.

“Kita tidak pernah mahu belajar daripada Cina, malah asyik marah dan mengutuk Cina. Ya, saya turut mengutuk Cina yang ultra kiasu. Tetapi bagi Cina yang berjaya dan bukan musuh Islam, kita kena belajar daripada mereka. Tetapi kita memandang rendah kepada mereka, terutama Cina mualaf.

“Selama lebih 30 tahun menjadi ‘mualaf’ saya tidak pernah meminta-minta. Apa yang ada pada saya hari adalah hasil titik peluh dengan izin ALLAH SWT. Ultra kiasu tuduh saya macam-macam dapat habuan itu dan ini kerana menjadi lebih Melayu daripada Melayu. Wal hal saya tidak dapat apa-apa pun daripada orang Melayu atau Umno,” katanya lagi.

Dalam pada itu mengulas mengenai perpaduan umat Islam hari ini, beliau menyeru agar wacana perpaduan atau multaqa perpaduan yang akan bersidang tidak lama lagi tidak menjadi agenda Melayu.

“Ya, Melayu tersepit hari dek kerana perpecahan yang tidak dapat dibendung, menjadi nyawa-nyawa ikan. Maka seruan perpaduan pun dilaungkan. Adakah laungan ini hanya berkumandang ketika tersepit sahaja? Selama tidak tersepit, mualaf tidak dipandang.

“Apakah semua mualaf ini bodoh? Bumiputera pun bukan? Bangunlah wahai umatku. Tunjukkan dan raikan warna-warni Islam. Jika tidak, jangan bercakap banyak pasal Islam, memalukan.

“Cuma kadangkala saya teramat sedih melihat cara kita atau orang Melayu memahami Islam. Bukan mereka tidak nampak, mereka nampak, tetapi buat-buat tidak nampak.

“Bukan mereka tidak faham, mereka faham, tetapi buat-buat tidak faham. Kuasa dan pangkat adalah segala-galanya walaupun terpaksa memijak orang lain, yang seagama,” kataya. SUMBER

Comments

Anonymous said…
tee ni manyak soal pulak.....sudah kasi u duduk sini, sudah kasi u masuk Islam, lagi mau pangkat ka??
Anonymous said…
Saya orang Melayu dan saya sangat bersetuju dengan pendapat Ustaz Ridzuan Tee ini. Salah satu sebab perangai Baitulmal jadi begitu kita bolih lihat dari peringkat akar umbi sendiri, khususnya dari pihak masjid yg terdapat disekitar lembah Kelang ini. Kutipan duit masjid cukup banyak dan melimpah ruah sehingga AJK masjid mungkin tak tahu nak buat apa sehingga ada masjid yang pasang geriji besi kat dalam tandas. kenapa ye? Mereka nak melindungi apa tu? Sepatutnya masjid jangan ada pintu dan geriji besi sebab apabila masjid diperlakukan seperti rumah peribadi sehinggakan pintu masuk kemasjid berkunci pada sebelah malam. Tidak cukup dgn itu masjid kini ada pengawal keselamatan. Maka dgn itu tanggapan bahawa masjid itu rumah ALLAH sudah "hilang". Perkataan yang paling sesuai utk menggantikan perkataan "rumah ALLAH" itu sebenarnya adalah rumah orang yang memegang anak kunci pintu masjid itu.

Tak pecaya? Cuba tuan tuan masuk ke masjid pada waktu malam utk iktiqaf, tuan pasti kena tangkap atas tuduhan menceroboh. Masuk masjid dianggap menceroboh .. tak ganjil ke bunyi nya tu? Saya pernah ke Australia dan sesat (di waktu malam) tak ada tempat nak mengadu saya terlihat gereja Keristian yang pintu sentiasa terbuka dan menerima sesiapa sahaja yang datang kesitu. Tak boleh ke masjid kita buat satu permulaan yang baik dengan cara membuang semua pintu pintu bagi melayak di panggil rumah ALLAH? Kalau dah masjid pun begitu hmmm Baitulmal pun dah menjadi seperti ... tak tahu nak cakap apa dah !!! Sebab itu tuan tuan "empunya" Baitulmal sudah kena tegur olih orang Islam sendiri.
Anonymous said…
oii yahudi mabuk, dia bukan nak pangkat, yg dia persoalkan ialah kenapa pusat zakat buat duit zakat tu macam duit mak bapak najib, bodoh!!!
mualaf memang layak dapat zakat, kalau dah pusat zakat tu kedekut sangat tak mau bagi zakat pada mualaf, elok tutup sahaja pusat zakat tu, senang orang islam boleh bagi direct pada yg berhak.
lagi satu apa maksud kau tulis "sudah kasi u duduk sini dan sudah kasi u masuk Islam?
Kau ingat agama Islam tu register untuk mak bapak kau ke?
Kau ingat negara malaysia ni hak milik mak bapak kau ke?

ini mesti geng2 hashtag respect my pm yg bagi komen kalau tak pon geng2 billboad bebas rakyat bebas anwar.
Anonymous said…
Yahudi Mabok...kan dah kena sebijik..Kah Kah Kah
Anonymous said…
Anon Yg Diatas;

Adakah masuk ISLAM boleh di kasi atau diberi sesuka hati..... Bangsa Asing yang masuk ISLAM tu semuanya atas hendak ALLAH yang membuka hati mereka... bukan macam kamu yang terlalu bongkak......

Fahami apa yang di perkatakan Oleh Ustaz Reduan Tee mengenai pangkat.... Kalau dah yang ada pangkat beperangai macam tu macamana......

Jangan sampai berulang lagi kes Umat ISLAM ke GEREJA untuk memohon bantuan oleh kerana terlalu banyak soaljawab apabila ke Pusat Bantuan ZAKAT ....amat memalukan dimana di KATAKAN AGAMA ISLAM Agama Resmi negara ini....
Anonymous said…
Janganlah masukkan semua yg buruk ada kaitan dengan Najib...yang buruk tu mereka yg terbabit...sikit2 Najib sikit2 Anwar...macammana kita Melayu nak maju...
Anonymous said…
toksoh la cino tolol, islam untuk melayu kelas sajo, cino kelas tigo. tengok perangai cinabeng ni masuk islam otok nok pitis sajo

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID