Breaking News
Loading...
May 5, 2016

Info Post
Eurocopter AS350 (Gambar Hiasan)

KUCHING - Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.    
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.     

"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan. - Bernama

0 comments: