Mana Perginya Calon PAN dan PAS...?


Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar hiba apabila rumah mereka musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran di Jalan Haji Haron di sini, malam tadi.  

Kejadian pada jam 8.30 malam itu berlaku ketika pemilik rumah yang juga bilal Masjid Hashimiah, Musolli Resad, 63, pergi menunaikan solat tarawih, sebelum ia dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian berkenaan. 
Musolli ketika ditemui pemberita, berkata beliau sekeluarga tinggal sehelai pinggang apabila semua kelengkapan rumah musnah, termasuk dokumen penting.  

"Saya hanya mengetahui kejadian daripada penduduk kampung yang bergegas ke masjid. Ini adalah dugaan berat ketika umat Islam hendak mula berpuasa. "Ketika kejadian hanya dua orang anak perempuan saya yang berada di rumah, manakala saya, isteri dan seorang menantu berada di masjid," katanya. 

Bagi isterinya yang juga tukang jahit, Juminah Rusli, 60, beliau buntu kerana semua pakaian yang ditempah pelanggannya musnah. "Saya tidak tahu macam mana hendak beritahu pelanggan yang sudah menempah baju. 

Semua pakaian yang musnah dianggarkan bernilai lebih RM1,000 tu," katanya. 

Calon Barisan Nasional dan juga Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang bergegas ke lokasi kejadian menyampaikan bantuan segera berjumlah RM10,000 kepada mangsa.




Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID