Breaking News
Loading...
June 13, 2016

Info Post

Pas menggesa kepada parti-parti politik yang bertanding pada prk sungai besar ini agar berusaha mengekalkan keharmonian di kalangan penduduk tempatan. prk akan berakhirpada 18 jun ini dan pas berharap selepas pilihanraya hubungan akrab di kalangan anggota masyarakat akan terus kekal.

Pilihanraya tidak seharusnya mengorbankan keharmonian masyarakat. maka diatas semangat tersebut pas menolak sebarang budaya politik melampau atau ekstrim. 

Kempen hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan bukan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. spekulasi berdasarkan andaian-andaian atau persepsi semata-mata hendaklah dielakan. bergitu juga serangan peribadi perlu dijauhkan sama sekali.

Selain dari itu, cara hidup dan tradisi penduduk tempatan tidak seharusnya diganggu. 

Semoga prk sungai besar akan menjadi prk yang bersih dan telus sepertimana pilihanraya di negara-negara maju.

Kenyataan ini di keluarkan oleh iskandar abdul samad, pengarah prk pas sungai besar.

0 comments: