Breaking News
Loading...
July 12, 2016

Info Post

Enam pemborong dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan ketika pemeriksaan mengejut di sekitar bandar ini mulai pagi tadi.

Pengarah KPDNKK Negeri Datuk Ab Ghani Harun berkata, tiga pemborong melakukan kesalahan kerana tidak memiliki lesen sebagai pemborong dan tiga lagi tidak menyelenggara sistem bekalan atau tidak menyediakan buku stok bekalan.

"Pemantauan terhadap pemborong mendapat mereka mendapat bekalan ayam dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang dengan harga antara RM6.50 hingga RM7.50 sekilogram. Mereka jual kepada peruncit pada harga RM15 seekor atau RM150 bagi 10 ekor ayam.

"Pemborong menjual ayam mengikut harga seekor menyebabkan peruncit menjual kepada pengguna antara RM10 hingga RM35 seekor.

"Berikutan itu KPDNKK negeri membuka kertas siasatan bagi mendakwa enam pemborong itu kerana menjual ayam dengan harga tidak munasabah walaupun kawalan harga dipantau sehari sebelum dan selepas Aidilfitri," katanya sini, hari ini.

Ab Ghani berkata, peniaga dan pemborong ayam itu akan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sumber

Komen aku: nak amik untung beragak ler... 

0 comments: