Putrajaya Hapuskan Kucing Liar Guna Kaedah Renjatan Elektrik...???

KISAH sayu ini dikongsikan oleh Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar yang merupakan Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta penasihat agama dan media Islamic Aid Malaysia (IAM) kepada Mynewshub.


Ia timbul setelah beliau mendapat makluman daripada seorang individu berkaitan kegiatan ‘pelupusan’ kucing jalanan atau liar yang berlaku di Putrajaya selama ini malahan tidak diketahui masyarakat kita.

Menurut Tuan Asmawi, sumber enggan dikenali itu memberitahunya bahawa kucing jalanan yang ditangkap pihak berkuasa Wilayah Persekutuan itu bakal dihapuskan atau dibunuh dengan menggunakan kaedah renjatan elektrik.

Secara lumrah, ramai yang akan kutuk dan keji individu yang menganiaya haiwan, namun siapa sangka perbuatan kejam seperti ini turut diamalkan di Malaysia sendiri malah ia berlawanan dengan norma-norma kemanusiaan.

Tuan Asmawi yang terkesan dengan mesej yang diterima itu turut memanjangkan rasa tidak puas hatinya terhadap perbuatan terkutuk itu kepada laman sosial Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkaitan isu terbabit.

Menerusi perkongsian kicauan itu, beliau berharap agar tindakan sewajarnya dapat segera diambil untuk membendung kegiatan zalim tersebut memandangkan kebetulan Perdana Menteri juga merupakan peminat kucing.

“Betapa YAB PM berminat mengenai kucing pernah ambo (saya) menulis satu artikel khas untuk YAB Dato’ Sri Perdana Menteri bertajuk ‘Darjat Kucing Di Mata Rasulullah SAW’,” kata beliau lagi mengulas isu tersebut.

Masakan pokok bergoyang jika tiada angin bertiup, luahan diutarakan Tuan Asmawi itu bukan sekadar omongan kosong sahaja tetapi terdapat bukti-bukti jelas menunjukkan kegiatan kejam itu dijalankan di sekitar Putrajaya.

Sekeping mesej hebahan awam menerusi laman sosial Facebook yang disertakan jelas tertera logo Perbadanan Putrajaya (PPj) kepada penduduk bandar tersebut baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen tempatan.


Bagaimanapun, Tuan Asmawi turut memberikan beberapa cadangan yang mungkin dapat membantu pihak berkenaan untuk tidak lagi meneruskan ‘aktiviti’ mereka itu, malah tampil dengan solusi yang lebih baik dan bernas.

Antara cadangan yang diutarakan ialah mewujudkan satu taman jagaan khas untuk kucing-kucing liar seperti zoo mini yang mana ia juga dapat dijadikan sebagai salah satu daya tarikan pelancongan di kawasan Putrajaya.

Selain itu pihak PPj boleh menjalankan usahasama dengan Jabatan Veterinar dan Zoo Negara untuk mengurangkan populasi haiwan berkenaan serta membuat tawaran terbuka kepada peminat kucing yang berminat memelihara mamalia comel tersebut.

Semoga niat dan hasrat murni yang cuba disampaikan oleh Tuan Asmawi mendapat respon positif daripada pihak berwajib dalam membendung kegiatan tidak bermoral ini. Sumber: MYNEWSHUB.CC

Comments

Anonymous said…
Tangkap dan mandulkan.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID