Breaking News
Loading...
August 2, 2016

Info Post

Menurut sinar harian bertarikh 2 Ogos 2016, Polis telah menghentikan siasatan berhubung laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan menghentikan siasatan diambil selepas didapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay).

"Polis sudah rakam percakapan Khairul Azwan dan kami dapati dia buat laporan berdasarkan andaian...dia tidak dapat kemukakan bukti seperti yang didakwa dalam laporannya. kliksini

Demikian laporan sinar harian...

So memang tak ada kes, tak ada sebab musabbab nak dakwa 3 tan sri tu...

Jangan salah anggap tulisan aku ni, aku bukan ler nak backing sangat 3 tan sri tu, depa pun bukan kenal aku...

Tapi apa yang aku ralat ialah, macam mana naib ketua pemuda umno malaysia yang belajar sampai oversea tu boleh percaya dengan tulisan RPK? itu yang aku cukup pelik...

Kata IGP, laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap (hearsay) tu bermaksud tulisan khayalan RPK ler, IGP memang tak cakap, tp itulah yang viral dalam fb dan alam maya sampaikan semua orang percaya cerita RPK tu... si mangkak ni pulak pi pic up cerita dia tu buat ape?

Aku ni yang tak jadi naib ketua pemuda umno malaysia pon tak percaya dengan RPK, sejak dari 1998 masa tu web dia Free Anwar Campaign sampailah sekarang Malaysia Today, pada aku tulisan dia semua sampah sarap...

Mangkok ini juga pernah tabur fitnah kononnya, rosmah berada di tempat altantuya di bom, mangkok ni jugak siap buat akuan bersumpah...

Memang kita tak percaya dengan apa yang mangkok tu kata, takan ler rosmah nak buat kerja macam tu, kita tahu RPK penipu dan kita dah cop dia sebagai penipu...

Aleh-aleh... sekarang kita nak percaya pulak cakap dia...???

9 comments:

Anonymous said...

oklah Wan Bro mmg silap lah buat tuduhan tanpa dapat bentangkan bukti.... itu salah Dan dia harus minta maaf.......wan Bro mengekalkan nama baik Tiga orang manusia tu yg dah tak ada jawatan utama pun.... Pesara dah....Yang TUn ..anak botak dia... Muhyidin Dan ramai agi acaner?... setidak2nya kea gak minta maaf sebab fitnah tak tiru Najib...dan batang tubuh najib juga...lepas satu..satu...tuduhan tumbang..... tak takut mati dalam dosa ker?

Anonymous said...

tak perlu minta maaf ... mmg perlu sergah pemakan dedak madey kutty dari buat onar

Anonymous said...

Itu le kualiti pemuda pewaris negara, Hadap je ler.

Muhammad Ariff said...

Kenyataan igp kuar selepas DOJ tarik balik sekatan... lepas ni, DOJ akan buang kes...
Benda dah kawtim srbenarnya... azwan pun tak sampai hati nk sumbat trio tan sri pencen dlm penjara 20 tahun, dgn syarat, trio tansri kena pastikan DOJ buang kes...
Azwan bro bukan pegang citer RPK je... mmg wujud bukti dlm tangan shafie Abdullah, lawyer azwan...

Anonymous said...

Cantik la Muhammad Ariff. Ko tulis oun macam raja petra jugak. Ikut khayalan lepas pekena sebalut dua.

Kita tunggu je apa next episode.

Anonymous said...

Cantik la Muhammad Ariff. Ko tulis oun macam raja petra jugak. Ikut khayalan lepas pekena sebalut dua.

Kita tunggu je apa next episode.

Anonymous said...

Tengok muka pun tahu tahap bangang dia., muka sama dengan jamal sekincan.

Anonymous said...

Aku masih percaya pada tulisan RPK dan tindakan Azwan adalah betul. 3 mangkuk ayun itu sudah jadi talibarut asing termasuk mentornya. 1 dunia dah boleh agak tindakan DoJ tu didalangi geng ANC. Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan kenyataan IGP. Mungkin dia ada muslihat lain, walluhuaalam. Tapi aku pelik mereka2 yg tahu undang2, tapi mempermain2kan undang2. Itulah undang2 dunia ciptaan manusia yg boleh dielak sana sini. Inshallah undang2 akhirat akan mengadilinya dengan seadil2nya.

Anonymous said...

Terpaksa dihentikan siasatan
Kerana byk lain yg lebih teruk jika di teruskan..byk buruk pada negata dr elok.. lebih baik stop..