Sahkan Najib MO1, PAS Ucap Terima Kasih Kepada Rahman Dahlan...


Pas menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana didakwa mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ (MO1) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, apa yang menimbulkan tanda tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan Kabinet dan juga Perdana Menteri.

"Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM?

"Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1 bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rahman sebelum ini dipetik sebagai mengesahkan bahawa MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Najib.

Memetik laporan BBC News, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, jika dibaca secara jelas dokumen itu ia secara jelas merujuk kepada Najib.‎

"Saya telah kata secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri," katanya.‎

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik kepada kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membanteras rasuah.

"SPRM perlu membuka kembali kes 1MDB dan dana masuk ke akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat mungkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan pentadbiran negara. SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.

"Pas dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh SPRM dalam usaha ini untuk menaikkan lagi imej SPRM dan menangkis tuduhan bahawa SPRM tidak berani menangkap ikan jerung," katanya. SUMBER

Komen aku: Nampak tak? PAS anytime boleh tikam belakang UMNO....

Comments

Anonymous said…
Tikam Belakang apa ka jadah!!!

Kalau betol berlaku takkan nak sokong teros macam Blogger2 dan Barua2 Penggosok pelir Lanun Bugis semua tu!!!
Anonymous said…
Bugima punya admin blog. Sanggup ko pertahankan panglima booges tu.
Anonymous said…
AKHIRNYA MENGAKU JUGA SAPA MO1 ITU.

AKHIRNYA MENTERI-MENTERI DAH TAK SANGGUP NAK PUSING LAGI.

TERIMA KASIH RAHMAN DAHLAN, ANDA HERO RAKYAT.
Unknown said…
Penyamun dan pencuri 2x5
Anonymous said…
Wsj ada dedah mmg ada duit family raja arab kasi kat akaun najib tp awat tuan brahim xmau percaya pl? Tuan brahim pun spesis pakai kopiah jual agama buat penilaian berpilih jg..hanya akan buka mulut bila hal umno, hal lain tutup mulut..patut bl perjuang agama ni kena ckp hal benar atau salah tanpa memilih..sikit tak respect kat org mcm ni..hampehh..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID