Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 1


Baru-baru ni dah banyak balik status fb yang simpati dengan pembantaian etnik minoriti Rohigya di Myanmar. Sebelum kita pergi jauh nak komited ambik pelarian Rohigya ini, mari kita baca-baca sikit apa sebenarnya masalah Myanmar ni.

Semenjak Burma merdeka, telah banyak puak-puak disana menuntut kemerdekaan utk wilayah masing2. Korang jgn cakap dorg ni bengong pulak. Negara Myanmar tu besar, mcm2 etnik ada. Kita kat semenanjung ni brp byk raja ada...ahh mcm tu jugaklah dorg. Masing2 nak tadbir wilayah sendiri. 

Etnik2 ini adalah Kachin, Kayah, Kayin, Rakhine dan Shan.

Gambar2 yg aku up ni bukan askar Myanmar tau. Tapi pemberontak. Korg tengok kelengkapan mereka mcm mana askar Myanmar tak tension. Dorg ni byk duit hasil sokongan luar, kutipan cukai dan lain2 aktiviti haram. Jgn ingat pemberontak kt sana x cukup mkn dgn pakaian compang-camping.

Sebagai contoh pasukan pemberontak yg pernah wujud, Communist Party of Burma (1939 - 1981) pernah mempunyai 15,000 anggota bersenjata. Shan State Army (1964 - 1975) 9,000 gerila, Mong Tai Army (1985 - 1996) 20,000 gerila dan ada juga pasukan kecil spt God's Army (1997 - 2006) pasukan pemberontak Kristian seramai 500 orang di Kanyin State. Pasukan2 ini dah bubar dan ada yg telah ditubuhkan semula atas nama lain.

Senarai nama gerakan bersenjata di Myanmar kini adalah:
- All Burma Students Democratic Front (ada sayap bersenjata)
- Arakan Army
- Democratic Karen Benovalent Army
- Kachin Independence Organisation
- Karen National Union
- Karenni Army
- Mon National Liberation Army
- Myanmar National Democratic Alliance
- Shan State Army (North)
- Shan State Army (South)
-ada beberapa lagi x larat aku nak tulis
- setiap gerakan ini mempunyai 1500 hingga 8000 gerila

Walaupun pada 2011 junta tentera telah melakukan political reforms, gencatan senjata dan melaksanakan zon pentadbiran sendiri, pemberontakan masih berlaku.

Pemberontakan oleh Rohigya telah bermula sejak 1946, dengan pasukan yg dinamakan Mujahid. Ketuanya, Mir Kasem kemudiannya terbunuh di Cox's Bazar dan pemberontakan ditumpaskan pada tahun 1950an. Bagaimanapun ketegangan berterusan selama lebih 3 dekad. General Ne Win telah melancarkan Operation King Dragon pada 1978 yang menyaksikan penangkapan beramai2 dan penyeksaan ke atas Rohigya. Seramai 250,000 telah melarikan diri ke Bangladesh.

Menurut beberapa sumber, permasalahan Rohigya ini bermula dari Perang Kemerdekaan Bangladesh 1971 apabila mereka lari menyelamatkan diri ke Myanmar. Mereka berstatus pendatang haram dan tidak diberikan kerakyatan Burma/Myanmar. Mereka tidak dibenarkan mengembara tanpa kebenaran rasmi kerajaan Myanmar, tidak dibenarkan mempunyai lebih 2 orang anak (walaupun undang - undang ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya) dan lelaki Rohigya dikehendaki berkhidmat utk projek2 tentera/kerajaan sehari dalam seminggu dan melakukan tugasan sentri utk satu malam.

Pada 2005 hingga 2009 kerajaan Bangladesh telah berusaha menghantar pulang pelarian2 Rohigya ini keluar dari sempadan mereka. Setelah berbincang dgn kerajaan Myanmar, adalah dipersetujui pada 16 Okt 2011 bahawa pelarian Rohigya ini akan dibawa pulang ke Myanmar, namun ianya tergendala akibat rusuhan yang berlaku di Rakhine State.

Persoalannya sekarang siapakah yg sanggup menerima pelarian Rohigya ini. Bukan Bangladesh, tidak mungkin Myanmar, Thai telah terang2 tidak menerima mereka. Destinasi yg terdekat adalah Indonesia dan Malaysia.

Kita mmg cepat simpati dgn kekejaman yg telah dilakukan keatas minoriti Rohigya ini. Namun utk menerima mereka dalam satu jumlah yang besar bukanlah solusi yg terbaik kita boleh tawarkan. Kita mungkin pernah dengar cerita - cerita yg tidak baik tentang etnik ini yg telah diterima tinggal dinegara kita dan aku percaya kedatangan mereka lagi adalah tidak dialu-alukan.

Sementara ini kita tunggu dan lihat apa tindak tanduk negara2 lain dalam menghadapi isu ini. Aku percaya kebanyakan negara akan memilih utk melepas tangan. Kita doakan kekejaman ke atas mereka dapat dihentikan sementara menanti solusi ke atas isu ini. Sumber.

ps: para pembaca disaran untuk membaca komen-komen di di facebook itu untuk mendapat gambaran yang lebih jelas...

Comments

Anonymous said…
Pasar klang dijalan meru telah mula dikuasai oleh pendatang ronghiya ini ramai yang berjualan.Memang sikap mereka agak buruk suka menipu timbang dan juga suka menipu dalam pengiraan.Beberapa kali juga hampir tertipu.Harap kerajaan tidak menawarkan tempat dinegara ini kepada mereka untuk apatah lagi kedatangan dengan jumlah besar.
Anonymous said…
Mohon rakyat Msia berpada-pada prihatin (ada had) ke atas Rohingya (bengali) ni..sekitar pasar borong & perkampungan brhampiran dah jadi kampung Rohingya (populasi mereka brtambah tiap tahun)..kepada yg trlebih2 sangat simpati..cuba anda letak mereka2 ni di kampung halaman anda...kurang dari 1 tahun separuh dari kampung anda akan jadi kampung pelarian Rohingya...(mereka ni makan sireh meludah sesuka hati dikaki lima kedai) tiada kebersihan..mengundang penyakit seperti batuk kering (tibi) dlln.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID