Pemasaalahan Rohigya Di Myanmar... Bhg 3 Akhir


Kita dah lihat dlm Bhg 1 artikel latarbelakang negara Burma (kini Myanmar) yg tidak aman dari pergolakan dalaman dgn wujudnya pelbagai pasukan gerila yg melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menuntut kemerdekaan wilayah masing-masing. Parti Komunis Burma dgn 15,000 anggota merupakan yg terbesar dan lain-lain pertubuhan spt Karen State Army, Shan State Army dan Mon juga mempunyai ribuan pejuang. Konflik antara etnik pula melibatkan Rohingya dan Rakhine di Arakan.

Bhg ke-2 kita telah melihat sejarah asal usul Rohingya ini. Mmg sebahagian kecil mereka berasal dari Arakan itu sendiri ttp raja-raja Islam Arakan telah membawa masuk org2 Bengal bekerja disana. British juga mambawa masuk ramai buruh2 ladang dari Bengal sehingga keseimbangan demografi terjejas dan mendapat bantahan org2 Rakhine Buddha.

Apabila datangnya Jepun pada Perang Dunia 2, org2 Rohingya ini dibekalkan dgn senjata oleh British tapi peluang ini digunakan utk menyerang kampung2 Rakhine sehingga mencetuskan perang saudara. Apabila Jepun campurtangan membubuh, siksa dan perkosa org2 Rohingya ini lari pula ke sempadan Bengal.

Apabila Pakistan merdeka pada 1947, org2 Rohingya meminta agar wilayah mereka dimasukkan ke dalam Pakistan Timur tetapi Presiden Pakistan, Muhd Ali Jinnah menolak atas alasan tidak mahu terlibat dlm hal ehwal Burma. Hal ini menambah lagi kebencian org2 Rakhine dan Burma lainnya kepada Rohingya.

Sejarah berulang selepas Myanmar dikuasai junta tentera. Nasib Rohingya bertambah malang apabila Bangladesh enggan menerima pelarian Rohingya di sempadannya dan menghantar mereka pulang.

Persoalan yg menarik untuk kita bincang kali ini ialah tentang penerimaan pelarian Rohingya oleh negara kita. Dari respon yg sy terima ramai juga yg menentang berdasarkan penglaman berhadapan sendiri dgn tingkah laku org2 Rohingya ini. Tidak kurang juga yg menyokong, malangnya pihak yg menyokong ini apabila sy tanyakan apakah jalan pintas yg terbaik, tiada jawapan konkrit yg diberikan selain soalan2 dan herdikan bahawa statement sy tidak nampak mahu membantu saudara seagama. Ada juga yg menepek ayat2 Quran didalam komen2 mereka tetapi apabila ditanya apa solusi yg terbaik dan paraktikal, tiada jawapan diberikan. Sy katakan Rohingya skrg sedang disembelih dan mereka bukan mahu debat2 di Fb sbgai jawapan. Sehari kita berdebat di Fb, ntah sudah berapa nyawa melayang disana. Nampaknya org kita masih suka bercakap tetapi sedikit atau tiada perlaksanaan langsung. Betullah tu kalau digelar keyboard warrior.

Ok, ada juga yg mencadangkan dibuka kem pelarian utk Rohingya di negara kita ini. Sebelum itu kita lihat pro dan kontranya dahulu membuka kem pelarian ini.

Saiz Kem

Pertama sekali kita lihat kem pelarian terbesar di dunia Dadaab, Kenya menempatkan lebih 402,000 pelarian. (UNHCR 2 Sept 2013). Ramai tak? Dekat setengah juta...negeri mana dlm M'sia penduduk sebanyak itu? Mungkin kalau kita letak dkt Perlis boleh penuh. Persoalannya brp ramai Rohingya kita hendak terima? Ada hampir 2 juta Rohingya di Myanmar sana tu kot.

Tempoh

Berapa lama kita nak tempatkan pelarian ini? Kem pelarian Palestin ada yg dibuka lebih 67 tahun dahulu, semenjak 1948. Georgia - 23 tahun, Darfur - 12 tahun. Contoh paling baik Pulau Bidong mula menerima pelarian Vietnam pada bln May 1975 seramai 121 org. Pada bulan Jun 1979 populasi meningkat kpd 40,000 orang. Apabila ditutup pada 1991, seramai 250,000 pelarian telah menjadikan Pulau Bidong sebagai transit ke negara ketiga. Kita kena bersedia utk menjadi hos utk satu tempoh yg lama, bukan setahun dua.
Lokasi & Kuarantin
Bagi satu cadangan lokasi yg sesuai. Ia mestilah dikuarantin dan tiada "freedom of movement". Tapi utk satu tempoh masa yg panjang, meletakkan puluhan ribu org dlm kawasan kuarantin akan menimbulkan masalah2 lain yg akan kita bincangkan.

Infrastruktur

Tempat tinggal perlulah binaan yg sesuai. Jika di Afrika bolehlah guna khemah tapi kalau dikawasan tropika mmg x sesuailah. Lain2 kemudahan letrik, air, sanitari, perparitan, keselamatan kebakaran dll perlu difikirkan. Ini bukan mcm kita pacak khemah utk picnic satu malam yer....

Aktiviti ekonomi

Adakah pelarian ini dibenarkan bekerja? Bergantung pada polisi. Bagaimana kawalannya? Pergerakan keluar masuk kem?
Perlu disediakan tapak untuk ternakan dan pertanian kecil utk komuniti tersebut.
Lain2 aktiviti yg mendatangkan hasil boleh dianjurkan.

Lain2 pengurusan:

Selain makanan dan pakaian, perubatan adalah sgt penting bagi mengelak penularan penyakit berjangkit, pengurusan dan rawatan trauma/kaunseling sbb mesti ada yg mental terganggu, pengurusan kelahiran dan kematian. Satu lagi yg penting adalah pembelajaran dan pendidikan skill/kemahiran supaya mereka kemudian boleh berkerja/berdikari di negara yg akan menerima mereka.

Kawalan keselamatan

Ingat lagi tak dulu kita ada hadapi kes PATI merusuh? Kecoh kan? Di kem pelarian Brazzaville, Congo pada tahun 1999 dalam tempoh 6 bulan sebanyak 1600 kes rogol dilaporkan. Jenayah, pergaduhan pasti ada. Satu lagi perkara adalah konflik dgn masyarakat tuan rumah akibat pertentangan budaya.

Pertambahan populasi/kelahiran

Ini pun nk kena ambil kira. Tetiba populasi meningkat 20 peratus camne?
Ok sy dah bentangkan sejarah permasalahan Rohingya ini sehingga cara penyelesaian ikut kehendak korg lah kata nak bukak kem pelarian kat negara kita. Nanti klau dah bukak jgn lupa pulak jd volunteer.

On a serious note, masalah ini mmg komplikated tapi sy percaya jika negara2 Islam beri tekanan kpd Myanmar keganasan dpt dihentikan. Ini tindakan serta merta yg perlu diambil walaupun Myanmar kata ini masalah dalaman aku, ko apa nak sibuk? Kita kena bantu mereka cari solusi. Pembersihan etnik wajar ditentang. Tetapi utk menerima kedatangan mereka, tuan2 boleh hujah berdasarkan maklumat yg sy dah sediakan dlm 3 penulisan ini. Sekian.

Comments

Unknown said…
Saya sokong anda.
Jumlah yang ada di Malaysia ini pun, saya dah cukup
menyampah. Nanti, dibuatnya negara kita macam
RAKHIN, dia pulak nak memunya.
Elok biarkan mereka kembali ke Rakhine.
Kita tak perlu nak tunjuk baik sangat.
Nanti akhirnya kepala kita dipijak.
Anonymous said…
Fisrt time...cik minah berkata guna otak..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID