Breaking News
Loading...
December 21, 2016

Info Post
Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menafikan lawatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran sebagai mewakili pertubuhan itu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pertubuhan hari ini, pihak Kesatuan Ulama terkejut dengan lawatan Abdul Hadi yang memegang jawatan Naib Presiden pertubuhan itu yang tidak kena pada masa dan tempat.

“Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia terkejut dengan pemilihan waktu lawatan ini, ketika mana Iran telah memainkan peranan jahatnya dalam membunuh saudara kita khususnya di Aleppo dan di Syria amnya, dan juga penglibatan Iran di Iraq dan Yaman,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, pemergian Hadi Awang itu atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin daripada Iran, Dr Abdurrahman Bayraan (dilantik oleh Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusof Qaradawi) supaya dapat mengurangkan tekanan ke atas Ahli Sunnah yang berada di negara berkenaan dan ia tidak bercanggah dengan pandangan Sheikh Al-Qaradawi.

Dalam kenyataan sama, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia berkata, pihaknya tidak dapat menerima lawatan itu dilakukan atas nama pertubuhan kecuali dilakukan atas nama individu sendiri.

“Ia dianggap tidak boleh diterima dilakukan oleh pimpinan pertubuhan ini, kecuali dilakukan atas kapasiti individu. Sumber

Komen aku: Untuk apa hadi melawat negara syiah itu? sedangkan kesatuan ulama Islam kata pemergian hadi ke iran bukan mewakili kesatuan, siapa yang arah dan fund hadi ke iran?

Kalau najib pergi ke iran, yess kita boleh faham ia melibatkan gomen to gomen, tapi hadi yang pi iran buat apa? siapa dia? apa deal dia dengan syiah tu?

Hahahahaha... kalau macam ni perangai, bila pas bersatu dengan umno, maunya syiah kita semua, boleh kawen mutaah beb....

0 comments: